Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BAHAN SEMULAJADI UNTUK HALAU CIK TIKUS

Tikus adalah haiwan yang menggelikan para suri rumah. Selain itu, Tikus adalah haiwan yang boleh mendatang penyakit dan boleh membawa maut.

HALAU CIK TIKUS

Berikut beberapa cara semulajadi untuk anda halau tikus tanpa menggunakan racun.

1. Kelapa Parut untuk halau cik tikus

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa kelapa parut dapat digunakan sebagai penghalau tikus. Caranya juga mudah; Parut kelapa dan taburkan ia di lubang atau laluan tikus dan nescaya ia akan lari.

Kelapa parut juga boleh dijadikan sebagai umpan dengan mencampurkan beberapa buah lain bersamanya seperti oren, sengkuang dan nanas.

2. Buah Mengkudu untuk halau cik tikus

Ia bukan sahaja berkhasiat dalam meningkatkan daya tubuh badan manusia, mengkudu atau Morinda Citrifolia juga bagus sebagai penghalau tikus.

Cara menggunakannya adalah dengan mengambil ekstrak mengkudu dan curahkan ke tempat laluan atau persembunyian tikus. Ia bukan sahaja dapat menghalau tikus tetapi serangga lain.

Selain menggunakan bahan-bahan alami di atas, pastikan selalu menjaga kebersihan tempat tinggal, agar tikus tidak singgah. Buanglah barang-barang bekas yang sudah tidak terpakai, agar tidak menjadi sarang tikus.

3. Daun Sirih

Daun sirih adalah herba yang sangat efektif menghalau tikus dan serangga dan cara menggunakannya juga cukup mudah iaitu rebus daun dan batangnya untuk diambil ekstraknya.

Curahkan ke kawasan laluan atau lubangnya. Bau daun sirih akan menakutkannya.

4. Kulit Jering

Jangankan kata tikus, manusia pun ada yang tak tahan dengan bau jering yang kuat. Meskipun ia tidak dapat membunuh tikus, tetapi aromanya sudah cukup membuatkan tikus lari.

HALAU CIK TIKUS
HALAU CIK TIKUS

5. Daun Jelatang

Daun jelatang yang banyak tumbuh secara liar banyak manfaatnya dan bagi yang ingin menghalau tikus, gunakan daun ini sebagai umpan dalam perangkap kerana ia tertarik dengannya.

Meskipun terdapat pelbagai cara untuk menghalau tikus daripada memasuki rumah, apa yang paling penting adalah kita harus menjaga kebersihan rumah dan memastikan dapur dibersihkan serta sampah dibuang agar tidak menarik perhatiannya.

6. Kulit durian

Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

7. Serai wangi

Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More