Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jenis & Resepi Sandwich

Resepi Sandwich dan Sandwich adalah menu sihat, mudah dan ringkas untuk disediakan terutama pada waktu pagi dan ianya adalah menu wajib untuk mereka yang suka beriadah.

Ia juga sangat digemari oleh semua lapisan umur terutama kanak kanak dan remaja dan juga menjadi pilihan untuk bagi mereka yang mengamalkan diet pemakanan seimbang kerana sandwich adalah makanan yang berkhasiat kerana mengandungi unsur protein, karbohidrat, vitamin , lemak dan pelbagai unsur unsur lain yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia.

Isi Kandungan

JENIS SANDWICH

Jenis & Resepi Sandwich 1
Resepi Sandwich

Sandwich mempunyai asas gabungan roti, sayuran dan protein. Ianya berbeza disebabkan oleh isi yang diapit oleh roti. Berikut merupakan sandwich yang biasa kita makan :-

i. Roti Keping (toast bread) seperti sandwich ayam atau daging bersama salad, sandwich keju, sandwich tuna atau sandwich telur omelet atau ham sandwich

ii. Roti Perancis seperti sandwich daging panggang (hot roast beef sandwich)

iii. Roti Hamburger seperti burger keju sandwich, hamburger sandwich

iv. Roti hot dog seperti sandwich hot dog dan sandwich daging panggang

RESEPI SANDWICH RINGKAS

Jenis & Resepi Sandwich 2
Resepi Sandwich

A. SANDWICH TUNA

 

Bahan – bahan

1. Sebuku roti biasa atau roti gandum (wheatmeal) – cukup untuk 4 – 5 orang makan
2. 1 tin Tuna ( 1 tin untuk sebuku roti)
3. 4 – 5 helai Kobis atau salad
4. 2 sudu besar Mayonis
5. Timun jepun atau tomato
6. 1 biji Lada capsicum
7. 2 biji Bawang Holand
8. Sedikit Serbuk perasa (lada hitam dan garam)

Cara menyediakan sandwich tuna

1. Bawang besar dan capsicum yang telah dipotong dadu dicampurkan dan dilenyek bersama tuna di dalam 1 mangkuk besar

2. Masukkan mayonis, lada hitam dan garam lalu digaul rata

3. Kobis atau salad yang telah dibasuh dan dikeringkan airnya dilapikan ke atas kepingan roti yang telah disapu dengan sedikit mentega.

4. Timun dan tomato diletakkan di atas salad atau kobis dan dilapiskan dengan tuna yang telah digaul rata lalu diapit dengan kepingan roti kedua

5. Potong bahagian tepi roti dan dipotong bahagian hujung ke hujung untuk membentuk sandwich segitiga dan dibalut dengan plastik pembalut makanan yang bersesuaian bagi melindungi sandwich terkena udara dan menyebabkan ianya cepat kering dan menjadi keras.

B. SANDWICH TELUR

 

Bahan – bahan Resepi Sandwich

1. 1 Buku roti kosong atau roti gandum
2. 4 biji telur rebus
3. 2 biji bawang holand – dipotong dadu
4. 1 pek keju chesedale
5. Sedikit serbuk perasa (lada hitam & garam)
6. Hirisan tomato
7. 2 sudu besar mayonis

Cara menyediakan sandwich telur

1. Telur rebus dilenyekkan sehinga ¾ hancur dan dicampurkan bawang holand dan serbuk perasa mengikut kesesuaian

2. Mayonis dicampur ke dalam mangkuk dan digaul rata

3. 1 lapis keju chesedale dan hirisan tomato diletakkan diatas kepingan roti lalu diletakkan campuran telur rebus

4. Ambil sekeping roti yang lain lalu diletakkan di atas telur tadi

5. Bungkus sandwich menggunakan plastic pembalut makanan yang bersesuaian
Roti sandwich boleh tahan sehingga 12 jam dan tutup menu tersebut supaya terhindar dari lalat atau keadaan panas. Ianya bertambah sedap apabila dilapisi bersama salad yang segar dan ranggup. Selamat mencuba resipi ini.

sumber  –  myagri

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More