ANXIETY
Anxiety disorder termasuk dalam golongan gangguan mental, sehingga situasi ini tentu berbeza dengan cemas biasa yang dialami orang kebanyakan. Orang yang terkena gangguan kecemasan ini akan merasa sangat risau terhadap berbagai hal,walaupun ketika dirinya sedang berada dalam situasi normal. Dalam kategori yang parah, gangguan kecemasan juga boleh sampai mengganggu aktiviti harian penderitanya.
Ia merangkumi berbagai-bagai jenis ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat terganggu, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan teruja atau keluh kesah. Juga cepat murung. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diselubungi ketegangan-ketegangan emosi dan diganggu bayangan kesulitan. Pesakit sering merasa mual dan muntah, badannya selalu lelah, menderita sesak nafas, banyak berpeluh, sering gementar dan kadang kala menderita kemurungan.
Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus.
Isi Kandungan
Tanda-tanda anxiety
Sukar tidur
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.
Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.
Ketegangan otot
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.
Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.
Fokus komen negatif
Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.
Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.
Cara mengubati anxiety
Pertama, dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar dan selawat.
Kedua, tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
Ketiga, mindset. Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut “. Betulkan mindset.
Keempat, jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.
Kelima, buat aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.
Sekiranya anda mengalami reaksi alergi setelah memakan cendawan enoki, hentikan memakannya dan berjumpa doktor sekiranya reaksi alahan anda bertambah teruk.
Untuk mendapatkan info yang lebih banyak berkaitan anxietu disorder dan perkara lain untuk kesihatan kita, anda boleh layari laman Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menarik untuk anda baca: 10 khasiat dan kebaikan nenas batu