Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan?
Isi Kandungan
Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan ?
Jerawat boleh dikatakan sebagai musuh kepada yang menghadapinya. Ia adalah salah satu daripada masalah kulit yang sering muncul di wajah. Sama ada penyebabnya adalah kerana kurang menjaga kebersihan wajah atau akibat hormon tidak stabil. Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan? jom kita teruskan bacaan.
Terdapat satu faktor penyebab jerawat yang sering diperkatakan iaitu faktor keturunan. Faktor masalah jerawat disebabkan oleh faktor genetik yang berasal dari ahli keluarga yang lain, adakah ia benar?
Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan ? Terdapat kajian yang menyatakan jerawat boleh muncul disebabkan dari faktor keturunan tetapi sangat sedikit nisbahnya. Walau bagaimanapun, kecenderungan jerawat muncul dalam keluarga masih ada. Sebagai contoh, apabila salah seorang atau kedua ibu bapa terdedah kepada jerawat, ia mungkin akan menjadi salah satu penyebab mengapa anda mengalami perkara yang sama.
Penyebabnya belum diketahui, tetapi dari kajian ini, para pakar mengetahui bahawa terdapat 15 genetik biasa yang mengalami jerawat yang teruk. Sebilangan besar jenis genetik ini mempengaruhi fungsi, bentuk dan struktur folikel rambut.
Namun, penemuan ini masih memerlukan kajian yang lebih terperinci lagi.
Faktor-faktor Lain Penyebab Jerawat
Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan menjadi tanda tanya terutama dalam kalangan remaja. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan jerawat selain keturunan. Antaranya ialah perubahan hormon, penggunaan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang tidak bersesuaian juga akibat tekanan.
Beberapa faktor yang menjadi punca masalah jerawat yang sering dialami adalah :-
- Perubahan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak kulit meningkat
- Produk penjagaan kulit atau kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit
- Folikel rambut menjadi tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati
- Jangkitan bakteria
Tips Mengurangkan Risiko Jerawat Kerana Faktor Keturunan
Jerawat berpunca dari keturunan ini mungkin boleh mengecewakan anda. Bagi anda yang mengalaminya ia perlu dirawat. Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan ? ianya bukannya faktor utama.
Sekiranya semua kaedah untuk menghilangkan jerawat telah dicuba dan keadaannya tidak bertambah baik, jalan terbaiknya anda perlu berjumpa doktor pakar. Namun, terlebih dahulu sila perhatikan perkara-perkara di bawah ini mungkin boleh membantu mengurangkan masalah jerawat anda.
1. Perhatikan tabiat harian
Tabiat harian ini merangkumi bagaimana rutin anda membersihkan wajah dan badan anda selepas melakukan aktiviti seharian.
Sila pastikan anda mencuci muka dengan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
Selain itu, teknik pembersihan kulit juga penting, anda tidak perlu menggosok terlalu kasar dan kerap sehingga kerengsaan kulit boleh terjadi.
2. Sentiasa baca peraturan penggunaan produk jerawat
Semasa memilih produk penjagaan kulit atau kosmetik, jangan lupa untuk selalu membaca kandungan dan peraturan penggunaan produk tersebut.
Perhatikan juga perkataan “non-comedogenic” dalam produk yang digunakan. Non-comedogenic bermaksud bahawa produk tersebut diformulasikan agar tidak menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat.
3. Rujuk doktor
Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara untuk merawat jerawat kerana keturunan dan ia tidak berjaya, segera berjumpa doktor pakar kulit.
Sekiranya anda mengalami jerawat yang juga dialami oleh ahli keluarga yang lain, ini adalah petanda bahawa anda perlu berjumpa doktor. Sebaiknya berjumpa dengan segera setelah mendapat jerawat kerana akan lebih mudah merawatnya daripada menunggu jerawat bertambah buruk. Selain itu, pemakanan juga memberi kesan yang tinggi kepada pembentukan jerawat.
Kesimpulannya, Adakah Benar Jerawat Muncul Atas Faktor Keturunan ? sudah tentu bukan. jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, namun keturunan bukanlah faktor utama masalah ini. Mari kita amalkan petua seperti helodoktor share ini untuk menjaga kesihatan muka kita terutamanya. Oleh itu, membersihkan wajah dan kulit anda dengan cara yang betul dan kerap dapat mengurangkan risiko jerawat yang teruk.