Resepi Nasi Tomato Mudah dan Ayam Masak Merah Madu
Buntu memikirkan menu untuk disediakan pada hari ini?
Mari cuba perkongsian Resepi Nasi Tomato Mudah dan Ayam Masak Merah Madu dari theaidasue.com .
Tak sangka senang betul nak buat nasi tomato ni. Well antara nasi berperisa yang senang nak buatlah. Hihi. Disebabkan saya first time buat nasi tomato dan ayam masak merah from scratch, so saya nak share resepi mudah membuat nasi tomato dan ayam masak merah versi saya sendiri. Selamat mencuba ualls!
Isi Kandungan
Resepi Nasi Tomato Mudah
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang sederhana besar – hiris halus -Bahan A
- 2 ulas bawang putih – tumbuk – Bahan A
- 3cm halia – tumbuk – Bahan A
- Rempah ratus ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis & putih ) – Bahan A
- 5-6 sudu tomato puree
- 2-3 cawan beras basmathi
- Air ( lebih 1/2-1 cawan daripada masak nasi biasa )
- Mentega
- Minyak untuk menggoreng
- Garam, serbuk rasa
- Daun pandan
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan 3 sudu mentega di dalam kuali, goreng Bahan A hingga naik bau dan masak, masukkan tomato puree dan tutup api.
- Basuh beras di dalam periuk nasi dan kemudian masukkan Bahan A yang sudah digoreng ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan tambahkan air dan 1-2 sudu mentega lagi. Agak-agaklah air tu tapi saya lebihkan 1/2 cawan air untuk 2 sukatan beras. Masukkan garam dan masak seperti biasa.
- Bila nasi dah masak, buka penutup periuk dan kacaukan nasi bagi rata. InsyaAllah nasi akan naik cantik je.
Resepi Ayam Masak Merah Madu
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia- blend Bahan A
- 1 labu bawang besar – hiris halus – Bahan A
- 3 sudu cili boh/giling
- 3 sudu tomato puree
- Rempah ratus ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis & putih ) -Bahan A
- Ayam separuh ekor potong ikut saiz yang disukai.
- 2 sudu gula
- 2-3 sudu madu
- Sedikit air
Cara-cara:
- Goreng ayam dengan kunyit dan garam terlebih dulu. Saya suka potong ayam kecil-kecil, lebih garing dan tak muak makan.
- Dalam kuali berisi minyak panas, gorengkan Bahan A sampai naik bau atau garing.
- Masukkan cili boh dan tomato puree. Goreng sampai cili garing dan masukkan air. Tambahkan madu dan gula, garam dan serbuk rasa dan gaul rata.
- Masukkan ayam goreng dan gaul sampai ayam tu cantik je warna merah. Kalau suka boleh tambah kacang peas, tapi saya tak makan kacang peas. Hehe
Nasi tomato boleh dimakan bersama papadom, ayam masak merah dan salad timun dan tomato. Selamat mencuba!
Menyelerakan bukan? Mungkin boleh di cuba sekiranya anda sudah jemu makan nasi berlauk setiap hari atau boleh dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah.
sumber : theaidasue.com