Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!
Isi Kandungan
Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!
Daging tetel adalah lebihan bahagian daging yang tidak dikehendaki seperti lemak dan urat daripada bahagian daging pejal. Untuk memasan asam pedas daging tetel ni senang sahaja.
Daging tetel ini diminati kerana mempunyai urat–urat yang kenyal dan sedikit berlemak. Apabila direbus dengan sempurna, ia akan menjadi sangat lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai menu seperti asam pedas dan kari.
Berikut adalah resepi yang telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di FB Petua dan Resepi yang telah mendapat beribu like dan share di Facebook. Sudah semestinya resepi ini sedap dan menyelerakan bukan? Mari kita lihat resepinya.
Bahan- Bahan yang diperlukan untuk asam pedas daging tetel
- 1 kg daging tetel
- 15 – 20 tangkai cili kering
- Bawang merah kecil 4 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Lengkuas 1 inci
- Kunyit hidup 1 inci
- Belacan 1 inci
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 mangkuk air asam jawa
- Gula melaka (gunakan sedikit sahaja untuk yang tidak suka manis)
- Garam secukupnya
- Daun limau purut (buang tulang tengah)
- 3 batang serai (diketuk)
Cara-cara penyediakan
- Rendam cili kering, jintan dan lada hitam di dalam air panas (supaya mudah untuk dikisar nanti).
- Selepas itu, kisar semua bahan – bahan yang bertanda (* ) sehingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang di kisar tadi sehingga garing.
- Masukkan daging tetel, masak sehingga keluar air daging tersebut.
- Kemudian, masukkan air asam jawa, serai yang telah diketuk dan juga daun limau purut.
- Tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa.
- Masak sehingga daging tetel menjadi empuk.
- Dah siap semua, asam pedas daging tetel sedia untuk dihidangkan!
Nota tambahan : Daging tetel juga boleh direbus terlebih dahulu, air rebusan daging tetel tersebut jangan dibuang, boleh dicampurkan ke dalam kuah nanti.
Selamat Mencuba! Anda juga boleh cuba resipi Resepi Kerepek Ketam Krup Krap Viral untuk jadikan kudapan.
sumber : FB Petua dan Resepi