Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Melekat
Buntu nak masak apa untuk hari ini?
Apa kata kalau anda mencuba ayam masak kicap pekat melekat versi ini. Ayam masak kicap ialah menu pilihan kegemaran ramai, lebih-lebih lagi anak-anak yang kurang gemar makanan pedas.
Ayam masak kicap memiliki rasa manis dan cukup rasanya sangat membangkitkan selera.
Resepi ini dikongsikan di FB MAHN oleh Zur Ain Salim. Anda juga boleh tengok resipi Resepi Ayam Masak Kicap sini, sedap.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Melekat
Bahan-bahan untuk Resepi Ayam Masak Kicap :
- 5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam).
- 4 ulas bawang merah.
- 3 ulas bawang putih.
- 2 inci halia.
- 1 bawang besar, potong bulat.
- 2 tangkai cili hijau, dihiris.
- 2 tangkai cili merah, dihiris.
- 5 tangkai cili padi, diketuk.
- 2 sb sos tiram.
- 2 sb sos cili.
- 4 sb kicap manis.
- 1 sb minyak bijan ( minyak biasa pun boleh).
- 1 sk kicap pekat.
- Sedikit rempah 5spice.
- 1 batang kayu manis.
- 1 kuntum bunga lawang.
- Sedikit air.
- Garam secukupnya.
Cara Membuat Resepi Ayam Masak Kicap :
- Tumbuk lumat bahan2 bertanda.
- Dalam mangkuk lain. Gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.
- Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.
- Masukkan bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. Tambah sedikit air dan sedikit garam. Kacau hingga mendidih.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.
- Sudah cukup perasa. Padamkan api. Sedia dihidang.
Wah, sangat menyelerakan!Resepi yang mudah. Rugi kalau tidak mencubanya. Jemu juga kalau kerap masak resepi yang sama bukan? Selain itu, anda juga mungkin berminat untuk mencuba Resepi Ubi Tonyoh Musim Tengkujuh yang sangat sesuai dijadikan juadah minum petang.
Jadi apa tunggu lagi. Selamat Mencuba!