Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PETUA RUMAH KEKAL WANGI, CANTIK DAN BERSIH! MEMANG AWESOME

Rumah yang bersih, wangi dan cantik sememangnya menjadi dambaan semua lebih-lebih lagi buat kaum ibu.  Namun setelah penat mengemas, pasti anda ingin ia berkekalan bukan?

Jangan risau, perkongsian dari Facebook Petua Bonda ini mungkin boleh membantu anda!

PETUA RUMAH KEKAL WANGI, CANTIK DAN BERSIH!

Kak Niki ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari.  Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.  So, Kak Niki kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.

Apa yang penting, bahan-bahan yang hendak digunakan itu ada di dalam rumah kita sahaja, mudah sahaja bukan?

Isi Kandungan

Jom follow 4 cara mudah ini 

bau wangi
Bau Wangi

1. Habuk Tidak Melekat Pada Perabot 

Bahan-Bahan

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.  Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2.  Kilatkan Lantai Rumah 🌼

Lantai melekit memang buat rasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai.  Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.  Wangikan Rumah 🌼

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.  Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air akan lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba 😊

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air akan lebih segar dan harum.
 
Selamat Mencuba 😊

sumber :  Kak Niki FB Petua Bonda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More