Ustaz Ebit Liew Bagi Makanan Percuma Pula – “Food Bank”
Ustaz Ebit Liew yang masih lagi hangat menjadi “hero” rakyat seluruh Malaysia sewaktu PKP meneruskan lagi misi beliau untuk membantu rakyat Malaysia yg kurang berkemampuan. Kali ini dengan membuka Food Bank pula.
https://www.instagram.com/p/CE_Kj4zhS1a/?utm_source=ig_web_copy_link
“Doakan yer… FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.” ujar beliau dilaman instagram @ebitlew
“Ambil apa yang perlu, beri apa yang anda mampu” itulah slogan yang akan terus menjadi teras utama Ustaz Ebit Liew dalam membantu masyarakat Malaysia tidak mengira kaum dan agama.
Isi Kandungan
Impian Ustaz Ebit Liew Menjadi Nyata
Sememangnya itulah yang menjadi impian beliau selama ini. Kata beliau lagi, “Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar-benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.”
Pernah Hidup Susah
Tambahan lagi, beliau memahami nasib orang yang tidak berkemampuan kerana beliau juga pernah hidup di dalam keadaan yang susah sehingga alas tidur dan juga yuran pengajian beliau dibayar serta ditanggung orang lain.
“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tanggungjawab untuk membayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
10 Cawangan Elews Mart
Ustaz Ebit Liew yang kini sudah membuka 10 cawangan Pasar Raya Elews Mart di sekitar Lembah Klang, nekad untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi memiliki barangan runcit serta menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan tersebut. Pendakwah terkenal tersebut telah banyak membuka mata rakyat Malaysia kerana misi bantuan kemanusiaannya semasa PKP telah menimbulkan rasa kagum rakyat Malaysia terhadap kewibawaan beliau.
Ini adalah 10 cawangan Pasar Raya Elews Mart yang telah dibuka pada beberapa bulan yang lepas:
- Kajang
- Shah Alam
- Cyberjaya
- Bandar Baru Bangi
- Sg. Buloh
- Balakong Cheras
- Damansara
- Prima Gombak
- Subang Perdana
- Gombak Traders
Harga Tak Masuk Akal
Pasar Raya Elews Mart juga pernah menawarkan harga yang tak masuk akal pada awal-awal perasmian pembukaannya. Dengan harga 90 sen, pengguna dapat membeli sebotol kicap kegemaran ramai. Harga maggi dan susu pekat pula dijual dengan harga RM 1 sahaja. Perkara ini terus menjadi perhatian ramai apabila artis terkenal tanah air, Neelofa memuji usaha murni Ustaz Ebit Liew dengan memuat naik status di twitter nye “Masyaallah… Murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Liew sentiasa dipermudahkan,” tulisnya.
Netizan Turut Hairan dan Memuji
Pembukaan pasar raya Elews Mart ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia. Memetik dari sumber dari laman sesawang Twitter milik @NasirPasir yang memuatnaik satu tweet berbunyi , “Semoga dimurahkan rezeki Ustaz Ebit Lew agar pasar raya ustaz dibuka lebih banyak lagi cawangan di seluruh Malaysia in future, lebih banyak lagi peluang pekerjaan .”
Manakala, pengguna laman sesawang Twitter @ierfan_danish juga berkata, “If Ustaz Ebit Lew buat pasar raya area Kajang sakali pun, aku dari Shah Alam inshaAlah sanggup pergi beli barang dapur dari pasar raya dia.”
Tidak Memilih Kaum dan Agama
Konsep Food Bank tidak memilih kaum dan juga agama untuk mendapatkan makanan percuma amatlah wajar disaat negara masih lagi bergelut dengan pandemik covid 19 yang masih belom pulih sepenuhnya. Orang ramai juga boleh menyumbang dengan meletak apa sahaja barangan pada rak yang tersedia.
Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian beliau turut menceritan kesusahan yang terpaksa beliau lalui suatu masa dahulu dimana beliau tidak berpeluang menikmati rezeki seperti orang lain.
Apa yang diharapkan, semua netizen dapat mendoakan usaha murni Ustaz Ebit Lew melalui pengenalan FoodBank ini, terus berkembang ke setiap pelosok negara dan dapat meringankan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan.