Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kes Buli Pelajar SMK Kemahang 1 Berpunca Dari KFC

Kes Buli Pelajar beberapa hari yang lepas ekoran tular sebuah video yang memaparkan dua orang murid membelasah seorang rakan mereka dalam asrama SMK Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan.

Hal ini telah mendapat liputan meluas di mesia sosial, termasuklah dalam Buletin Utama TV3. Mangsa di dalam video seakan-akan tidak mampu melawan dan hanya merelakan dirinya di sepak oleh suspek.

 

Isi Kandungan

KES BULI BERPUNCA DARI KFC

Menurut laporan polis tersebut, pergaduhan tersebut berlaku akibat mangsa bergurau untuk belanja suspek Kentucky Fried Chicken (KFC).

Hasil laporan polis yang dibuat, pihak polis telah menahan 3 suspek yang terlibat dalam kes buli tersebut.

Kes Buli Pelajar SMK Kemahang 1 Berpunca Dari KFC 1
3 suspek yang telah ditahan reman oleh pihak Polis.

Ke semua suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Perintah tahanan terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zul Zakiquddin Zulkifli.

Kurang Didikan Agama

Punca utama gejala buli semakin berluluasa di negara kita adalah kurangnya didikan agama. Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk mendidik anak-anak.

Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya  sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka.Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa.

Kes Buli Pelajar SMK Kemahang 1 Berpunca Dari KFC 2
Didikan agama amat penting kerana ia asas kepada akhlak anak-anak. (gambar dari majalah keluarga)

Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menangani gejala buli ini. Dan jika perlu dibawa ke dewan rakyat seperti kes Veveonah Moshibin pada tempoh hari, maka dipersilakan kerana ia perlu untuk keselamatan anak-anak kita disekolah.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More