Kertas Soalan Percubaan SPM Sejarah 2019 Negeri Sabah
Kertas Soalan Percubaan SPM Sejarah 2019 Negeri Sabah adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Isi Kandungan
Dapatkan “Kertas Soalan Percubaan SPM Sejarah 2019 Negeri Sabah ” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
SUBJEK |
SOALAN |
|
Selain Kertas Soalan Percubaan SPM Sejarah 2019 Negeri Sabah.Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!
KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN SEJARAH SPM 2019
GURU Cemerlang Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak, Abdul Ghani Abu Bakar berkongsi sedikit tip dan teknik menguasai subjek Sejarah 2021.
Tip Cemerlang Sejarah SPM
1) Baca dan cari buku nota sejarah yang ada peta minda / ithink / gambar. Yang berwarna lagi bagus. Tengok soalan tengok jawapan (rujuk cikgu Sejarah…masa masih ada).
2) Bentuk soalan dan pengulangan soalan Kertas 1 kerap berlaku. Banyak cara untuk menjawab Kertas 1. Ada yang menjawab secara istiqamah satu-satu soalan, jawab dengan merujuk buku teks, gunakan higlighter pen untuk tanda jawapan, tulis short note di tepi soalan…terpulang pada kreativiti pelajar.
Pada cikgu, teknik yang terbaik gunakan pen warna dan tulis maklumat di tepi soalan…ini yang diajar oleh guru Sejarah cikgu dan cikgu menggunakan teknik ini ketika mengulang kaji Sejarah (mungkin sesuai pada pelajar cemerlang).
3) Cari dan tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut pelajar boleh cari di alam maya ini. Melalui video, ni sebenarnya lebih faham daripada hanya baca dalam buku. (pelajar kelas belakang yang baru nak mula cukup sesuai gunakan teknik video sebab boleh cari dengan telefon).
4) Fahami kaedah dan bentuk jawapan Kertas 2 dan 3 sekarang. Sudah kurang soalan yang direct sekarang. Soalan hari ini walaupun fakta memerlukan pelajar baca, garis dan faham dulu baru jawab. (biasakan buat rangka jawapan dalam menjawab soalan ini. Rubrik penskoran (Fakta + huraian dan contoh serta infrence) perlu dilatih berulang kali dan bukan hanya menjelang peperiksaan.
5) Pengetahuan sedia dengan banyakkan membaca dan memahami isu semasa dan sejarah sangat penting untuk menjawab soalan KBAT (lihat soalan 10 & 11 serta Ceraian C). KBAT ni perlu dilatih supaya pelajar dapat faham cara menjawab dan tak menghantar kertas 0 saja semasa peperiksaan SPM nanti.
Sebenarnya subjek Sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBAT + fakta dalam Kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik.
Sumber: Facebook Abdul Ghani
Kesimpulan
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Kertas Soalan Percubaan SPM Sejarah 2019 Negeri Sabah.