Kertas Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2019 Negeri Kelantan
Kertas Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2019 Negeri Kelantan adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Isi Kandungan
Dapatkan “Kertas Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2019 Negeri Kelantan” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
SUBJEK |
SOALAN |
|
Selain Kertas Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2019 Negeri Kelantan. Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!
KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN BAHASA INGGERIS SPM 2019
10 Tips Mudah Untuk Menulis Esei Dalam Bahasa Inggeris
1. Wujudkan Sebuah ‘Bank Perkataan’
Ini adalah teknik yang menarik untuk membantu anda dalam penulisan esei. Pertama sekali, pilih satu topik dan tuliskan sebuah thesis. Thesis adalah hujah utama bagi esei anda. Sebagai contoh, jika topik anda adalah berkaitan membaca, maka thesis yang sesuai boleh menjadi “Membaca membuatkan anda menjadi lebih bijak.”
Setelah anda mempunyai satu thesis (asas penulisan anda), fikirkan pula tentang topik utama dan cari perkataan-perkataan yang berkait dengannya dalam pelbagai cara. Kemudian, cambahkan senarai itu kepada perkataan-perkataan yang tidaklah terlalu hampir maknanya dengan topik utama anda.
2. Berlagak Seperti Seorang Wartawan
Apabila anda diberikan suatu topik untuk ditulis, teruskan sahaja dan terokai pilihan-pilihan yang ada untuk thesis anda. Tanyakan soalan-soalan. Jadilah seorang yang penuh dengan rasa ingin tahu. Semakin banyak soalan yang anda tanyakan sebelum mula menulis, semakin banyak maklumat yang anda akan perolehi untuk esei itu.
Esei yang mantap adalah sebuah penulisan yang sarat dengan maklumat, namun ditulis dengan cara yang ringkas. Proses membayangkan diri anda sebagai seoarang wartawan ini bakal memberikan bahan-bahan, ungkapan dan perbendaharaan kata yang sangat berharga untuk memulakan proses penulisan anda.
3. Bina Ayat Teras Topik
Ayat teras adalah ayat pertama bagi satu-satu perenggan, dan kebiasaannya, ia merumuskan ayat-ayat di dalam perenggan tersebut selanjutnya. Anda boleh membina ayat-ayat ini terlebih dahulu untuk membantu anda tetap pada landasan asal sepanjang menulis esei tersebut.
Bagi thesis “Membaca membuatkan anda menjadi lebih bijak,” salah satu ayat teras bagi perenggannya mungkin berbunyi “Surat Khabar membuatkan anda menjadi lebih peka dengan isu-isu semasa.” Manakala ayat teras yang lain boleh menjadi, “Pementasan hasil pembacaan dan karya kesusasteraan klasik boleh membuatkan anda menjadi lebih kaya dengan budaya.”
4. Kupas Kedua-dua Sisi
Jika anda perlu menulis mengenai satu esei yang panjang dan kompleks, tuliskan dahulu rangka idea anda dari kedua-dua sisi pandang. Ketika anda menulis esei tersebut, anda perlu memilih satu sisi pandang untuk dikupas dengan lebih lanjut. Namun begitu, oleh kerana anda sudahpun menyediakan senarai isi-isi dari kedua-dua sisi, penulisan thesis anda akan menjadi lebih lancar dan menyeluruh.
5. Baca Secara Terbalik
Penggunaan grammar yang baik adalah amat sukar untuk dilakukan, sungguhpun buat penutur asli Bahasa Inggeris. Namun begitu, oleh kerana anda sedang belajar Bahasa Inggeris, anda sebenarnya mempunyai suatu kelebihan. Kebanyakan penutur asli belajar grammar yang tidak lengkap daripada permulaannya. Maka, agak sukar untuk membetulkan kembali sesuatu yang telah dijadikan norma, seumur hidup mereka.
Seperti mana anda komited untuk belajar Bahasa Inggeris, begitulah juga seharusnya anda memberikan usaha yang tidak berbelah bahagi bagi berlatih grammar dan struktur ayat. Salah satu cara untuk mengenal pasti pengunaan grammar yang betul dalam penulisan anda adalah dengan membaca setiap ayat secara terbalik (mulakan dengan perkataan terakhir dan berakhir dengan yang pertama). Dengan cara ini, anda tidak akan tertipu dengan bunyi perkataan-perkataan tersebut apabila anda membacanya di dalam hati.
6. Gunakan Kamus dan Thesaurus Secara Dalam Talian
Anda mungkin telah mempelajari sebilangan besar perkataan-perkataan yang bombastik semasa sedang mengulangkaji untuk ujian kemasukkan. Namun begitu, sebelum anda mula menggunakan mereka di dalam esei akademik, pastikan terlebih dahulu yang anda tahu maksud sebenar perkataan-perkataan ini dan adakah ianya sesuai dengan konteks esei anda. Pada masa inilah mempunyai sebuah kamus dapat membantu anda.
7. Gabung dan Asingkan Ayat
Setelah esei itu siap ditulis, kembali semula kepada tulisan tersebut untuk mencari sebarang ayat yang kelihatan terlalu panjang atau penuh dengan perkataan. Seterusnya, pecahkan kesemuanya into dua atau lebih ayat.
8. Dapatkan Seorang Penutur Asli Bahasa Inggeris Untuk Menyunting Esei Anda
Dapatkan seorang rakan yang fasih dalam Bahasa Inggeris (ataupun sekurang-kurangnya, lebih fasih dari anda). Minta pertolongan rakan untuk menyunting hasil penulisan anda dan menandakan sebarang kesalahan serta ayat-ayat yang berulang.
Jika rakan anda menjumpai kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan, anda akan dapat memberi lebih tumpuan kepada kesalahan-kesalahan sebegitu apabila menulis esei yang seterusnya. Mohon juga rakan anda untuk menunjukkan sebarang kesalahan grammar dan tatabahasa yang anda mungkin telah terlepas pandang.
9. Periksa Semula Keseluruhan Esei Bersama Rakan Anda, Kemudian Tuliskan Semula
Setelah anda dan rakan anda menyemak kembali esei yang telah ditulis dan kemudiannya menandakan sebarang kesalahan, tuliskan semula keseluruhan esei tersebut. Langkah ini adalah penting. Sekiranya anda hanya mengetahui kesalahan yang telah dilakukan tanpa benar-benar membetulkannya, ia tidak akan membantu anda mengelakkan diri dari mengulangnya kembali.
10. Gunakan Aplikasi Dalam Talian
Akhir sekali, terdapat beberapa sumber rujukan yang boleh didapati secara dalam talian untuk membantu meningkatkan mutu penulisan anda. Sebagai contoh, Hemingway Editor boleh menyemak dokumen yang anda dapati mengelirukan ataupun terlalu padat dengan perkataan. Anda boleh menulis semula dokumen tersebut untuk menjadikannya lebih mudah difahami.
Diharap, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat memberikan anda satu atau dua tips yang serasi dan anda rasakan sesuai untuk meningkatkan kemahiran menulis anda.
Semoga Berjaya!
Kesimpulan
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Kertas Soalan Percubaan SPM Bahasa Inggeris 2019 Negeri Kelantan.