Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Abang FoodPanda Terkejut Dapat RM1K Dari Customer, “Doakan Akak Dapat Zuriat”

Abang FoodPanda terima tips sebanyak RM 1,000. Penghantar makanan atau food delivery sememangnya berhadapan dengan tugas yang mencabar dalam mengejar order dan menghantar makanan yang dipesan pada waktunya.

Sekiranya bernasib baik, rider selalunya akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan yang diberikan kepada mereka.

Seperti perkongsian oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia di mana dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 oleh seorang pelanggan.

Menerusi screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.

Boleh juga lihat di facebook FoodPanda Rider Malaysia.

Isi Kandungan

ABANG FOODPANDA DIMINTA AMBIL SAMPUL DI ATAS MEJA PUTIH

Alhamdulillah rezeki petang tadi.. terkejut macam nak melompat dari motor pun ada tadi.. terharu dan rasa sedih..

abang foodpanda

Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.

Syukur dalam gembira pon ada tadi.. sebab tak terjangka nilai yang diberi sebanyak itu.. sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni.. cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu..

abang foodpanda

abang foodpanda

Menurut abang FoodPanda itu, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

MINTA DOAKAN SEMOGA DIIZINKAN DAPAT ZURIAT

Mohon kawan-kawan rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. InshaAllah..

Abang FoodPanda Terkejut Dapat RM1K Dari Customer, “Doakan Akak Dapat Zuriat” 1

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More