Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Acid Folic: 5 Kelebihan Pada Ibu Hamil

Acid folic adalah vitamin B. Bayi memerlukan folic asid bagi tujuan tumbesaran sejak dalam kandungan lagi. Kegagalan mendapatkan asid folic yang mencukupi akan berisiko bayi dilahirkan mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Antara jenis kecacatan bayi yang kekurangan asid folic adalah seperti berikut;

  • Spina bifida ; Berlaku apabila tulang belakang bayi yang belum lahir tidak bercantum & tidak melindungi saraf tunjang. Kanak-kanak menjadi kurang upaya sepanjang hayat dan mungkin perlu melalui banyak pembedahan.
  • Anencephaly ; Berlaku apabila otak tidak berkembang. Bayi dengan masalah ini akan mati sebelum atau selepas kelahiran.

Isi Kandungan

5 Kelebihan Asid Folic

Menurut doktor dari Klinik MyFamily, ada beberapa permasalahan akan berlaku jika ibu hamil kekurangan folic asid. Disebabkan itu jika ada pasangan yang berhajat untuk memiliki zuriat, doktor galakkan untuk mengambil 1 biji asid folic sehari walaupun belum hamil lagi.

ACID FOLIC

Menurut WebMD, pengambilan asid folic 1 bulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) seperti spina bifida dan anencephaly sehingga 70%. Ibu mengandung disarankan mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana anggota tubuh yang penting ini adalah yang pertama sekali terbentuk pada janin.

Antara kelebihan asid folic yang sering dikongsi oleh pakar perubatan antaranya adalah:

  • Mengelakkan Kecacatan Tiub Saraf

Salah satu sebab utama pengambilan asid folik begitu ditekankan adalah untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan serius pada kandungan yang berpunca daripada kekurangannya.

  • Mengurangkan Risiko Sumbing

Menurut Medical News Today, selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.

  • Penting Untuk Perkembangan Bayi

Di samping itu, kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung serta kelahiran pramatang. Asid folic turut mempunyai fungsi yang mustahak bagi menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.

ACID FOLIC

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi acid folic mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

  • Mengurangkan Komplikasi Sepanjang Kehamilan & Kelahiran

Akhir sekali, pengambilan acid folic secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.

Mencegah Anemia

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

Sebagai tambahan, ia turut membantu proses pembahagian dan perkembangan sel, sintesis serta membaikpulih DNA & RNA.

5. Mengurangkan Komplikasi Sepanjang Kehamilan & Kelahiran

Akhir sekali, pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.

Pencegahan Acid Folic

Manakala menurut Dr Sri Viknarajan, ada beberapa pencegahan hasil dari mengamalkan acid folic sebelum dan semasa kehamilan. Pencegahan itu adalah seperti berikut:

ACID FOLIC
  1. Autism : Acid folic yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi
  2. Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)
  3. Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Acid folic digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
  4. Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
  5. Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
  6. Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  7. Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
  8. Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.

Penutup

Meskipun kebanyakan acid folic dijual dalam bentuk seperti pil dan disarankan untuk ambil sebiji sehari, namun kita juga boleh dapatkan khasiat vitamin B seperti acid folic melalui pemakanan. Antara makanan yang mengandungi acid folic semulajadi adalah seperti sayur berwarna hijau gelap, bayam, brocolli, Asparagus, pisang, okra, cendawan, roti, tepung, bijirin, daging dan banyak lagi.

ACID FOLIC

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More