Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Air Ketuban Kurang Bahaya Untuk Bayi! Ketahui 5 Sebab Ini

Air ketuban atau air tuban sebenarnya adalah cecair yang berada dalam kantung bayi bagi melindungi bayi dari gegaran. Menurut Dr Zubaidi Ahmad seperti yang dikongsi di laman Facebook rasmi miliknya, air tuban ini mula dikesan ketika bayi (pada masa itu dinamakan janin) berusia kira-kira dua minggu selepas disenyawakan. Ia berasal dari cecair dari ibu yang menghamilkan janin ini.

Namun selepas 10 minggu, ginjal bayi mula terbentuk. Bayi mula menghasilkan air kencing. Air kencing inilah yang berkumpul dan membentuk air tuban. Pada usia kehamilan 20 minggu lebih banyak air tuban dihasilkan apabila ginjal bayi berfungsi sepenuhnya. Air ketuban berwarna jernih, sedikit kekuningan, seperti mana air kencing kita.

AIR KETUBAN

Jika bayi dalam keadaan stress (selalunya disebabkan kekurangan oksigen atau nutrien) bayi mengalami degupan jantung yang sangat laju dan bayi akan berak. Najis ini dinamakan meconium.

Yang paling bahaya jika meconium (najis bayi) dalam air ketuban masuk ke dalam paru-paru menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas apabila dilahirkan nanti.

Isi Kandungan

Air Ketuban kurang

Menurut laman Hello Doktor, masalah air k3tuban kurang atau bahasa perubatannya adalah oligohidramnios jangan dibuat main dan tidak serius, kerana ia boleh merisikokan bayi hingga boleh meninggal!

Ia lebih bahaya jika kes oligohidramnios berlaku pada enam bulan pertama kehamilan, ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.Masalah ini boleh jadi dengan beberapa sebab.

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Masalah Buah Pinggang

Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses airketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.

AIR KETUBAN
  • Masalah Placenta

Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.

  • Air Ketuban Leaking

Air ketuban bocor boleh terjadi dalam banyak akibat. Antaranya adalah disebabkan hentakan kuat pada perut seperti kemalangan dan sebagainya.

  • Komplikasi kesihatan ibu 

Contohnya pre-eclampsia, tekanan darah tinggi dan diabetes 

  • Masalah Pada Pundi Kencing Bayi

Kesumbatan pada pundi kencing bayi akan memerangkap pengeluaran air kencing dan air ketub@n.

Penutup

Hargailah nyawa bayi anda meskipun baru dalam kandungan. Jika terdapat atau rasa sesuatu yang tidak kena, perlu lekas pergi berjumpa doktor atau ke hospital. Pastikan juga sentiasa disiplin dengan temujanji setiap bulan yang telah doktor atau pihak klinik tetapkan.

air ketuban

Untuk ibu hamil juga, selain monitor kesihatan ini, pastikan juga ambil ubat-ubatan, vitamin dan asid folic semasa hamil. Ia juga antara cara untuk memastikan kandungan serta bayi kita sentiasa sihat. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More