Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Langkah Aktifkan RFID Touch n Go Melalui Aplikasi E-Wallet Sahaja

Aktifkan RFID Touch n Go anda dengan segera kepada mereka yang sering menggunakan tol. Kenapa kita perlu aktifkan RFID Touch n Go ni? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Aktifkan RFID Touch n Go

Isi Kandungan

Touch n Go

Touch n Go kini tidak asing lagi dalam pendengaran kita kerana kita seringkali menggunakan sistem ini, lebih-lebih golongan mereka yang sudah bekerja. Hal ini kerana, setiap kali melalui tol-tol yang ada di lebuh raya, pengguna kenderaan perlu membayar tol.

Terdapat beberapa perbezaan dalam Touch n Go, Smart Tag dan bahkan RFID. Akan saya kongsikan di bawah ini. Jika sebelum ini, kegunaan ketiga-tiga medium ini adalah bergantung kepada pilihan pengguna lebuh raya mengikut keselesaan diri mereka, akan tetapi, menjelang tahun 2022 ini, kegunaan Touch n Go dan Smart Tag akan dimansuhkan.

Sebelum saya berkongsi dengan anda cara aktifkan RFID Touch n Go, mari kita ketahui kegunaan lain yang ada pada sistem Touch n Go ini.

Kegunaan lain Touch n Go

Aktifkan RFID Touch n Go

Selain daripada penggunaan di tol lebuh raya, Touch n Go juga berfungsi untuk:

  1. Membayar parking kereta di mana-mana mall.
  2. Membuat pemindahan wang.
  3. Menguruskan kewangan anda.
  4. Pembelian dan pembayaran barangan anda di premis perniagaan.
  5. Pembayaran segala jenis bil utiliti.
  6. Memperoleh diskaun bagi kedai-kedai pilihan.
  7. Mendapatkan dan menjadi keahlian bagi Touch n Go.

Haa banyak bukan? Tetapi selalunya kegunaan Touch n Go ini diguna pakai di lebuh raya. Penggunaannya adalah pemandu kenderaan akan memiliki satu kad Touch n Go. Apabila sampai di tol, anda perlu berhentikan kereta anda dan menyentuh kad Touch n Go ini pada inframerah.

Kemudian barulah anda boleh meneruskan perjalanan.

Apabila keadaan jalan raya sibuk, bolehkah anda bayangkan betapa lamanya masa yang diambil untuk anda sampai ke giliran?

Smart Tag

Berbanding pula dengan kegunaan Smart Tag, mereka hanya perlu memastikan kenderaan mereka yang tadinya laju diperlahankan sedikit supaya sistem Touch n Go yang ada di tol lebuh raya mampu “membaca” Smart Tag anda. Kebiasaannya, Smart Tag akan diletakkan di bahagian hadapan kereta anda.

Meskipun anda tidak perlu berhentikan kereta, tetapi anda masih memperlahankan kenderaan anda. Pembayaran akan dibuat secara automatik apabila sistem berjaya membaca Smart Tag anda.

RFID

RFID ini merupakan singkatan kepada Radio Frequency Identification yang mana penggunaan frekuensi radio dan elektromagnet. Apabila pengguna melekatkan stiker RFID ini pada kereta mereka, maka pemgimbas yang ada di tol akan mengesan stiker RFID yang berfungsi seperti elektromagnet.

Penggunaannya ibarat “scan” barangan di kedai. Scan, bayar dan sambung perjalanan. Mudah bukan?

Yang paling penting sistem ini boleh mengesan RFID dari jarak yang jauhnya. Jadinya ianya sangatlah efisien dalam mengawal kesesakan lalu lintas. Disebabkan itu, warga Malaysia perlu aktifkan RFID Touch n Go dengan segera.

Sebab Untuk Aktifkan RFID Touch n Go

Disebabkan keadaan lalu lintas yang kadang kala tidak terkawal lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, maka kerajaan menggalakkan penggunaan RFID Touch n Go dalam kalangan rakyat Malaysia. Sistem ini dipercayai dan diyakini mampu menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

Tambahan pula, keadaan negara kita yang masih belum bebas sepenuhnya daripada cengkaman Covid-19 ini, maka langkah ini dikatakan berkesan dalam menangani hal sedemikian.

Bak kata orang, sambil menyelam, sambil minum air.

Tarikh Penggunaan RFID Berkuatkuasa

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya(KKR), penggunaan sistem RFID ini akan mula berkuatkuasa pada:

15 Januri 2022

Objektif RFID

Aktifkan RFID Touch n Go

Kenapa perlu aktifkan RFID Touch n Go ini dan apa objektif yang ingin dicapai oleh pihak KKR? Mari kita baca di bawah ini.

  • Kurangkan kesesakan di plaza tol.
  • Perjalanan yang lebih efisien tanpa henti di setiap tol.
  • Tingkatkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai melalui Touch n Go sahaja.
  • Kurangkan risiko jangkitan Covid-19.
  • Menyediakan perkhidmatan pemanduan yang lebih mudah, selamat dan pantas.
  • Bersesuaian dengan Perancangan Induk Sistem Pengankutan Pintar.

Cara Aktifkan RFID Touch n GO

Kita akan masuk ke topik utama kita iaitu berkaitan cara untuk aktifkan RFID Touch n Go ini. Anda tidak perlu risau kerana ianya tidak memakan masa dan tenaga anda. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Perkara yang paling penting adalah anda perlu memiliki akaun Touch n Go anda sendiri.

Pendaftaran dan Pengaktifan Online

Ikuti langkah di bawah ini untuk aktifkan RFID Touch n Go anda.

  • LANGKAH PERTAMA: Anda perlu memiliki dengan memuat turun aplikasi Touch n Go E-Wallet ini hanya di Google Play atau Playstore dan mana-mana yang berkaitan.
  • LANGKAH KEDUA: Setelah anda log masuk, paparan skrin anda seperti ini. Tekan pada bahagia “Toll” dan akan naik pilihan di bawah. Tekan bahagian “RFID“.

Aktifkan RFID Touch n Go

  • LANGKAH KETIGA: Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan ini. Terdapat 2 pilihan iaitu untuk mengaktifkan atau membuat pembelian RFID Tag. Jangan terburu-buru. Aktifkan RFID Touch n Go anda terlebih dahulu. Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi anda atau buat semakan untuk kemas kini.

Aktifkan RFID Touch n Go

  • LANGKAH KEEMPAT: Setelah itu, anda akan di bawa ke bahagian untuk memasukkan maklumat kereta anda.

Aktifkan RFID Touch n Go

  • LANGKAH KELIMA: Ikuti langkah seterusnya yang diarahkan dan buat verifikasi yang akan dihantarkan ke telefon anda. Apabila sudah selesai, buat pembelian RFID Tag segera untuk menggunakannay. Selesai.

Harga RFID dan Cara Pemasangan

Sekiranya anda bertanyakan pasal harga bagi RFID, jangan risau kerana ianya tidak terlalu mahal. Anda boleh mendapatkan di pasaran sama ada secara atas talian atau ke pusat utama Touch n Go itu sendiri. Untuk pengetahuan anda, penggunaan ini boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama asalkan anda tidak merosakkan chip yang ada pada RFID ini.

HARGA RFID Tag:

Anggaran RM30 sehingga RM35 sahaja.

Anda boleh membelinya di:

  1. Shoppe.
  2. Lazada.
  3. Aplikasi E-Wallet.
  4. Pusat Touch n Go.

Untuk pemasangan setelah Aktifkan RFID Touch n Go ini, anda hanya perlu melekatkannya di kereta anda seperti sticker. Pastikan kawasan yang anda letakkan itu boleh dikesan oleh inframerah RFID semasa di tol. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca Cara Pemasangan RFID Touch n Go di sini.

Moga-moga membantu anda.

Langkah Untuk Tambah Nilai Akaun RFID

Nak tambah nilai akaun RFID anda? Jangan risau kerana langkahnya sama sahaja dengan tambah nilai akaun Touch n Go anda. Hanya buka aplikasi Touch n Go dan tekan bahagian “Reload” sahaja.

Anda boleh memilih untuk tambah nilai secara:

  1. Pembayaran melalui perbankan atas talian.
  2. Tambah nilai melalui pin Touch n Go yang di beli di premis perniagaan.
  3. Penggunaan kad Debit.

Video Lanjut Aktifkan RFID Touch n GO

Nak dapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan penggunaan RFID Touch n Go ini, anda boleh menonton video yang saya sertakan di bawah ini. Mahu atau tidak, kita perlu mengikut gerak langkah yang disarankan oleh kerajaan.

Moga-moga membantu anda dalam mengikuti langkah yang betul.

Plus Malaysia Berhad(PMB)

Plus Malaysia Berhad(PMB) merupakan salah satu syarikat induk yang menguasai:

  1. Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad
  2. Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE)
  3. Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua)
  4. Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd(KLBK)
  5. TERAS Teknologi Sdn Bhd (Teras)
  6. PLUS Helicopter Services Sdn Bhd (PHS)
  7. Pemegang saham utama Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Aktifkan RFID Touch n Go

Melalui laman web ini, anda boleh membuat kiraan jumlah tol yang akan dikenakan kepada anda. Caranya amatlah mudah dengan hanya memasukkan lokasi keberadaan anda dan ke manakah destinasi tujuan anda.

Buatlah perancangan dengan bijak.

Tukar Kepada RFID Touch n Go Sekarang

Perlu atau pun tidak untuk menukarkan daripada Smart Tag atau Touch n Go ini kepada RFID?

Ya, sangatlah digalakkan untuk anda membuat penukaran dengan segera kerana mahu atau tidak, penggunaan ini akan mula dikuatkuasakan pada tahun 2022 yang bakal mendatang. Kalau anda tidak menukar sekarang, jangan marah pihak lain sekiranya anda mempunyai sebarang masalah di masa hadapan semasa menggunakan tol di lebuh raya.

Peringatan sudah diberi, langkah-langkah aktifkan RFID Touch n Go juga sudahpun dikongsi. Mahu bertindak atau tidak itu berada di tangan anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More