Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Al-Arqam: Sejarah Penyelewengan & Pembuktian Fatwa Kesesatan

Berikut dikongsikan mengenai Al-Arqam yang sedang menjadi bualan hangat semua rakyat Malaysia pada ketika ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Al-Arqam?

Al-Arqam ialah sebuah mazhab Islam yang berpusat di Malaysia, yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad.

Mazhab tersebut telah diharamkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 21 Oktober 1994.

Lebih 5 ahli Al-Arqam termasuk Ashaari Muhammad, ketua mazhab itu telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Thailand dan telah diterbangkan pulang ke Malaysia untuk ditahan.

Al-Arqam juga merupakan antara ajaran yang berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan.

Bahkan kumpulan ini juga amat berbangga dengan jumlah pengikutnya yang setia dan ramai.

Sejarah Al-Arqam

Pada tahun 1968, Ashaari Muhammad bersama beberapa orang sahabatnya telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan dengan Kumpulan Rumah Putih di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan ia ditubuhkan dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam agar lebih menghayati makna Islam.

Namun beberapa tahun selepas itu, kumpulan ini telah menukar nama gerakan mereka kepada Darul Arqam.

Penyelewengan Dalam Ajaran Al-Arqam

Beberapa tahun selepas itu tersebar khabar angin tentang amalan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Ashaari Muhammad dan pengikutnya.

Hal ini seterusnya telah mengundang kepada beberapa siri pengisytiharan keluar dari jemaah tersebut oleh beberapa orang kuat Darul Arqam dan juga pemecatan beberapa individu yang berpengaruh dalam kumpulan tersebut.

Perkara ini mendapat perhatian pihak media massa kerana reputasi Darul Arqam ketika itu yang dilihat agak terkehadapan di dalam menjana ekonomi kumpulan mereka.

Al-Arqam: Sejarah Penyelewengan & Pembuktian Fatwa Kesesatan 1

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memanggil Ashaari Muhammad untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu tersebut dan beberapa isu berkaitan Aurad Muhammadiah.

Berdasarkan pengakuannya, beliau mengaku tidak menyebarkan Aurad Muhammadiah, namun pada masa yang sama tidak menyatakan mengamalkannya.

Ashaari Muhammad seterusnya mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan bahawa beliau pernah mengatakan bahawa individu yang bertanggungjawab membawa Aurad Muhammadiah iaitu Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi yang telah meninggal dunia pada tahun 1925 yang akan hidup semula sebagai Imam Mahdi di akhir zaman.

Rentetan dari beberapa isu akidah yang melanda Ashaari Muhammad dan kumpulannya itu, akhirnya jawatan kuasa fatwa negeri-negeri telah memutuskan bahawa fahaman Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan Darul Arqam yang terkandung di dalam dua (2) buah buku iaitu yang bertajuk:

  1. Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan; dan
  2. Manaqib (Riwayat Hidup) Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi

adalah bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Aurad Muhammadiah ialah amalan atau wirid selepas setiap solat fardhu yang dimulai dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat seterusnya kepada Ashaari (Abuya) dan juga Syeikh Suhaimi yang dikenali sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.

Al-Arqam: Sejarah Penyelewengan & Pembuktian Fatwa Kesesatan 2
Al-Arqam: Sejarah Penyelewengan & Pembuktian Fatwa Kesesatan 3

Kedua-dua buah buku tersebut turut diharamkan kerana dibimbangi akan mengeliru dan menyesatkan umat Islam.

Berikutan itu, Ashaari Muhammad dan beberapa pemimpin kanan kumpulan tersebut ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kemudiannya membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.

Ashaari Muhammad akhirnya dibebaskan dari tahanan tetapi masih dikenakan tahanan rumah dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 2010.

Fatwa Kesesatan

Pertubuhan Al-Arqam telah difatwakan sebagai SESAT sebagaimana direkodkan dalam buku Warta Kerajaan Fatwa Ajaran Sesat terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Fatwa kesesatan Al-Arqam telah diwartakan pada 11 Ogos 1994 dan ia secara rasminya diharamkan dari segala aktiviti berkaitan dengan penyebarannya dalam apa jua bentuk yang boleh menghidupkan kumpulan Al-Arqam adalah DILARANG serta diminta BERTAUBAT.

Meskipun terdapat perinsytiharan taubat daripada kumpulan ini namun fatwa yang pernah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki baki pengikutnya yang mengamalkan ajaran yang telah diharamkan ini.

Al-Arqam: Sejarah Penyelewengan & Pembuktian Fatwa Kesesatan 4

Apa Kaitan GISB & Al-Arqam?

GISB adalah merupakan syarikat Bumiputera Islam yang diasaskan sejak dari tahun 2000 lagi oleh Allahyarham Ashaari Muhammad, iaitu bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan Kerajaan.

Justeru, ia sangat mempunyai kaitan rapat dan umat Islam di seluruh Malaysia khususnya perlulah sentiasa cakna dan peka serta menjauhkan diri dari sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri dari segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More