Surah Al Kahfi 1-110 : Fadhilat Mengamalkannya Pada Hari Jumaat
Terdapat banyak kelebihan dan syafaat jika kita mengamalkan surah al kahfi ini di dalam kehidupan seharian kita. Tahukah anda hebatnya kelebihan membaca Surah itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar meskipun seseorang itu tidak faham akan bahasa Arab. Inikan pula orang yang menafsir ayat -ayat tersebut, lagilah mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
Isi Kandungan
Pengenalan Surah Al Kahfi
Surah Al Kahfi merupakan surat ke-18 dalam al quran. Surah ini mengandungi 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diberi nama Al-Kahfi, dalam bahasa Arab bermaksud Gua dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni – Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Dalam pada itu juga, ada beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.
Fadhilat Membacanya
- Terhindar dari fitnah Dajjal
Sesiapa yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut. Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” |
- Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari Allah
Dalam satu hadith ada dinyatakan perkara tersebut,
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” |
Benarlah surah Al-Kahfi ini mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampirinya.
- Mendapat Keampunan Daripada Allah SWT
Dalam satu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.” |
- Bebas Dari Gangguan Syaitan
Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan. Dalam beberapa riwayat hadis ada dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.
Selain itu, kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia. Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.
- Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Ka’bah
Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).” |
- Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat
Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat. Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” |
- Menerangi di Hari Kiamat
Ketahuilah, ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit. Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” |
Kesimpulan
Semoga dengan perkongsian yang diberikan ini dapat kita jadikan sebagai panduan dalam diri kita. Marilah sama-sama kita mempraktikkan dengan membaca dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT terutamanya daripada fitnah dajjal. Membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya tetapi lebih afdal jika kita membacanya satu surah yang lengkap. Untuk melihat kelebihan surah – surah lain pula, bolehlah rujuk dalam portal kita.