Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Alat Pantau Gejala Covid-19 Yang Perlu Ada Di Rumah Anda

Ketahui 3 Alat Pantau Gejala Covid-19 yang perlu ada di rumah anda. Ambil langkah awal adalah lebih baik berbanding menanggung kesan buruk di kemudian hari. Nak tahu apa alat pantau gejala Covid-19? Baca artikel ini.

Alat Pantau Gejala Covid-19

Isi Kandungan

Gejala Covid-19

Dunia kita ini masih dalam cengkaman wabak penyakit Covid-19 yang masih tidak menunjukkan tanda untuk surut. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan hampir ke negara-negara lain juga turut terkesan. Dalam menangani wabak ini, banyak kakitangan barisan hadapan yang berjuang bagi memerangi wabak ini. Maka dengan itu, tanggungjawab kita bersama untuk membantu sama-sama memutuskan rangkaian wabak ini.

Tambahan pula, kini masih banyak jenis-jenis dan varian lain yang muncul. Sehinggakan seseorang itu tidak sedar bahawa dia disahkan positif penghidap penyakit Covid-19 ini meskipun tiada simptom atau gejala yang ditunjukkan. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini berkaitan wabak ini, anda boleh melayari laman web utama Covid-19.

Simptom Awal dan Cara Cegah

Kebiasaannya, kita dapat menentukan sama ada seseorang itu menghidapi penyakit Covid-19 atau tidak melalui simptom-simptom atau tingkah laku yang ditunjukkan. Melalui simptom inilah kita boleh mengambil tindakan segera. Janganlah memandang remeh akan kesihatan anda. Berikut merupakan simptom utama yang kebiasaannya akan dialami oleh pesakit Covid-19 ini:

  1. Menghidapi demam biasa/demam panas berpanjangan.
  2. Kelesuan badan yang bertambah teruk.
  3. Kesukaran untuk bernafas dengan baik.
  4. Sakit di dada.
  5. Batuk, muntah atau cirit-birit yang bertambah teruk.

Apabila perkara ini berlaku, maka anda perlulah ambil tindakan segera dengan pergi ke mana-mana pusat kesihatan atau klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut. Di bawah ini, akan dikongsikan perkara yang dapat dilakukan bagi mengelakkan simptom seperti di atas, iaitu:

  1. Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul.
  2. Memakai pelitup muka.
  3. Tidak berada di tempat yang sempit/sesak dan elakkan menyentuh mana-mana individu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel Tanda-tanda Awal Jangkitan dan Cara Cegah dan Kenali Gejala Hypoxia. Moga-moga membantu anda.

3 Alat Pantau Gejala Covid-19

Di bawah ini merupakan antara alat pantau gejala Covid-19 yang asas. Dengan alat ini, ia mampu membantu anda membuat tindakan seterusnya sekiranya keputusan ujian adalah negatif atau positif.

Alat Pantau Gejala Covid-19

Thermometer

Thermometer merupakan salah satu alat pantau gejala Covid-19 dan perubatan yang paling penting dan asas yang perlu ada di rumah anda. Jikalau anda membeli First Aid Kit atau Med Kit, kebiasaannya akan disertakan sekali dengan thermometer ini. Fungsinya adalah untuk mengetahui suhu badan anda. Meskipun hanya mudah dan ringkas, tetapi jangan sesekali pandang enteng.

Perkara yang perlu anda elakkan semasa menggunakan thermometer ini:

  • Tidak membeli thermometer yang murah kerana hasil keputusan yang kurang tepat/sama.
  • Bersihkan dahulu thermometer.
  • Tidak meletakkan thermometer pada suhu yang rendah/tinggi sebelum mengukur suhu badan.

Selain daripada thermometer ini, terdapat juga thermometer inframerah yang sering digunakan di mana-mana kedai atau premis.

Blood Pressure Monitor

Berdasarkan kes-kes Covid-19 yang kritikal sehingga menyebabkan kematian adalah berpunca daripada tekanan darah yang tinggi. Maka dengan itu, rakyat Malaysia amatlah disarankan agar mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul. Pesanan ini bukanlah hanya tertumpu kepada golongan tua atau penghidap tekanan darah tinggi sahaja, bahkan untuk semua golongan. Ketahui paras tekanan darah anda, dan ambil tindakan untuk kekalkan atau kurangkan tekanan darah.

Alat Pantau Gejala Covid-19

Di bawah ini saya kongsikan jadual tekanan darah yang boleh anda jadikan rujukan. Kenal pasti anda berada dalam kategori mana.

BLOOD PRESSURE CATEGORY

SYSTOLIC mm HG

(UPPER NUMBER)

AND/OR

DIASTOLIC mm Hg

(LOWER NUMBER)

NORMAL

Less than 120

AND

Less than 180

ELEVATED

120-129

AND

Less than 80

HYPERTENSION STAGE 1

130-139

OR

80-89

HYPERTENSION STAGE 2

140 or Higher

OR

90 or Higher

HYPERTENSIVE CRISIS

*Consult/meet doctor immediately

Higher than 180

AND/OR

Higher than 120

Pulse Oximeter

Pulse oximeter merupakan alat pantau gejala Covid-19 yang berkesan buat segenap golongan umur tidak kira tua dan muda. Ia akan mengukur kadar denyutan nadi anda dan paras aksigen dalam badan. Caranya amatlah senang dengan hanya memakaikannya ke jari anda. Melalui alat ini, anda dapat mengesan satu fenomena yang menjadi pembunuh senyap anda. Ia dinamakan Happy Hypoxia. Ini merupakan keadaan di mana keadaan paras kandungan oksigen dalam badan anda adalah rendah.

Alat Pantau Gejala Covid-19

Paras oksigen yang normal dalam badan manusia adalah:

  • Peratusan paras oksigen adalah antara 95% sehingga 100%.
  • Kadar denyutan nadi adalah sekitar 50 denyutan sehingga 90 denyutan/minit(BPM).
  • Kadar denyutan nadi sekitar 50 sehingga 100 denyutan/minit(bagi orang dewasa).

*NOTIS: Pastikan anda membeli pulse oxymeter ini yang mempunyai kelulusan Malaysian Device Authority(MDA) sahaja untuk keselamatan anda.

Self Test Covid-19 Test Kid

Alat Pantau Gejala Covid-19

Senarai Self Test Covid-19 Kit

Selain daripada 3 alat pantau gejala Covid-19 yang dinyatakan di atas, anda juga boleh membeli dan menggunakan self test Covid-19 kit ini. Alatan ini dikatakan sudah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh membuat ujian awal untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti atau pun tidak. Berikut merupakan antara jenis dan senarai alatan kit ujian kendiri yang diluluskan:

NO.

COMPANY

PRODUK

PENGELUAR

PENGENAL

PENGGUNAAN

JENIS SAMPEL

1.

Reszon Diagnostic International Sdn Bhd

Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test
(Saliva/ Nasal Swab Samples)

Reszon Diagnostics International Sdn Bhd. selangor, Malaysia

SLXHB1-0621001

RTK-Antigen (Self-test)

Sampel air liur dan hidung (Sampel Campuran)

2.

Citymedic Sdn Bhd

Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use

Philosys Co., Ltd, Korea

AG-020

RTK-Antigen
(Self-test)

Sampel air liur

3.

Medinics (M) Sdn
Bhd

BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral
Fluid)

Hangzhou AllTest
Biotech Co., Ltd.

ICOV-802H

RTK-Antigen (Self-test)

Sampel air liur

4.

Translab (M) Sdn
Bhd

Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid
Test (Self-testing)

ACON
Biotech (Hangzhou) Co., Ltd., P.R.China

L031-118M5

RTK-Antigen
(Self-test)

Sampel hidung

*NOTIS:

Untuk mendapatkan senarai lain, anda boleh menyemak di Senarai Self-Test Covid-19 Kit.

Cara Dapatkan

Untuk mendapatkan alatan ini, anda boleh mendapatkannya dengan membeli di:

  1. Membeli di Shopee.
  2. Membeli di aplikasi MySejahtera.
  3. Membeli secara atas talian.
  4. Membeli di mana-mana farmasi atau pusat kesihatan.

Tindakan Selepas Membuat Ujian Kendiri

Setelah menggunakan alat pantau gejala Covid-19 ini atau Self-Test Covid-19 Kit ini, anda perlu membuat kemas kini. Ikuti langkah di bawah dengan betul:

  • LANGKAH PERTAMA: Ikuti langkah menggunakan kit ujian kendiri melalui panduan yang disertakan.
    1. Prosedur sebelum menjalankan ujian.
    2. Prosedur semasa menjalankan ujian.
    3. Prosedur selepas menjalankan ujian.
  • LANGKAH KEDUA: Membuat laporan di aplikasi MySejahtera sama ada anda positif atau negatif. Anda perlu menekan ikon “COVID-19 SELF TEST”.
  • LANGKAH KETIGA: Sekiranya keputusan negatif, tetapi masih menunjukkan gejala-gejala, anda perlu merujuk ke pusat kesihatan.
  • LANGKAH KEEMPAT: Sekiranya keputusan ujian anda positif, hadirkan diri ke fasiliti kesihatan swasta, Covid-19 Assesment Center(CAC) atau pusat kesihatan. Pastikan anda mengikuti SOP dan tidak membuat kontak dengan orang lain.
  • LANGKAH KELIMA: MySejahtera akan memuat naik semua keputusan ke SIMKA dan PKD akan membuat tindakan setelah mendapat makluman. Jika keputusan adalah “invalid”, anda perlu mengulang semula ujian.

Video Panduan Menggunakan Self-Test Covid-19

Di bawah ini merupakan video panduan yang boleh anda lihat untuk menggunakan alat self-test Covid-19 ini. Ikuti langkah dan nasihat yang diberikan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Menggunakan Alat Pantau Gejala Covid-19

Mungkin ada segolongan rakyat yang masih beranggapan tidak perlu untuk mempunyai alat pantau gejala Covid-19 ini di rumah selagi tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom. Pemikiran ini adalah salah kerana kita tidak sedar apa yang akan berlaku di kemudian hari. Di bawah ini, dikongsikan kebaikan menggunakan alat pantau gejala Covid-19 yang disenaraikan di atas:

  1. Mengetahui tahap kesihatan anda semasa dan mengambil tindakan lanjut.
  2. Membuat pencegahan awal sekiranya didapati mengalami gejala Covid-19.
  3. Membolehkan anda membuat kuarantin kendiri sekiranya disahkan menghidapi gejala Covid-19 ini, juga mendapatkan rawatan awal.

Dapatkan Alat Pantau Gejala Covid-19 Ini Segera

Diharapkan agar perkongsian berkaitan alat pantau gejala Covid-19 ini mampu memberikan anda saranan dan gambaran tentang tindakan yang boleh anda lakukan. Kita tidak tahu sama ada ahli keluarga atau insan tersayang kita dijangkiti penyakit ini atau tidak. Sedar-sedar dalam kalangan kita disahkan menghidapi penyakit ini tanpa menunjukkan sebarang simptom.

Maka dengan itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Beringatlah sebelum kena kerana kita akan menyesal di kemudian hari. Moga-moga pandemik ini akan cepat berakhir dan tidak lagi merenggut nyawa mana-mana manusia atas muka bumi ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More