Ramalan Terkini Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Seluruh Malaysia
Berikut dikongsikan info terkini mengenai amaran hujan lebat berterusan dijangka melanda Seluruh Malaysia yang telah dikeluarkan oleh MET Malaysia.
Isi Kandungan
Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Selasa, 26 November 2024 jam 1.00 tengah hari telah mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat, 29 November 2024.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya ini akan melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk turut dikeluarkan bagi kawasan di
- Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling);
- Perak (Hulu Perak);
- Kelantan;
- Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu);
- Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera); dan
- Johor (Mersing).
Manakala, Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Waspada juga dikeluarkan bagi kawasan di
- Perlis;
- Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu);
- Pulau Pinang;
- Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar);
- Pahang (Raub dan Bentong);
- Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); serta
- Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Seterusnya, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Tahap Bahaya yang terbaharu pada jam 10.40 malam, 26 November 2024 seperti ketetapan berikut:
Persediaan Menghadapi Banjir
Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari ini boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah, berhampiran sungai dan kawasan kerap banjir.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia khususnya penduduk setempat di negeri-negeri yang dijangka akan berlaku hujan lebat berterusan ini dinasihatkan supaya sentiasa cakna dan ambil tahu mengenai cuaca semasa Monsun Timur Laut (MTL) dan sentiasalah berwaspada walau dimana pun anda berada.
Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan serta beberapa tips persediaan semasa banjir:
Orang ramai juga dinasihatkan agar bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi mereka, iaitu
- Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia
- Aplikasi myCuaca
- Facebook MET Malaysia
- Telegram MET Malaysia
Info cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia sahaja.
Sebarang maklumat lanjut dan bantuan berkaitan Monsun Timur Laut 2024 di tempat anda, anda boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
Diharapkan info terkini tentang amaran hujan lebat berterusan ini bermanfaat dan dapat memberikan persediaan awal kepada semua rakyat Malaysia.