Amnesia – Gejala, Punca dan Rawatan
Isi Kandungan
Pengenalan
Amnesia adalah penyakit yang berbentuk kehilangan ingatan. Penghidap penyakit ini juga akan mengalami kesukaran untuk membentuk kenangan baru. Ada juga yang tidak dapat mengingati suatu fakta atau pengalaman masa lalu. Penyakit kehilangan ingatan ini adalah satu bahagian daripada peningkatan usia. Semakin meningkat usia kita, semakin rapuh memori dalam minda jika kita tidak perkuatkannya melalui pembacaan dan berfikir. Kehilangan ingatan yang ketara, atau ketidakupayaan untuk membentuk kenangan baru, mungkin menunjukkan kepada penyakit kronik iaitu amnesia.
Gejala Amnesia
Gejala utama adalah kehilangan ingatan atau ketidakupayaan untuk membentuk memori yang terbaru. Sekiranya anda mengalaminya, anda akan menghadapi kesukaran untuk mengingat fakta, peristiwa, atau tempat. Fakta boleh terdiri daripada apa yang anda makan pagi ini kepada nama jiran anda sekarang. Anda masih akan mengekalkan daya fizikal anda, seperti kemampuan untuk berjalan, dan juga kefasihan dalam bahasa yang anda gunakan.
Terdapat pelbagai jenis amnesia yang anda perlu ketahui termasuk amnesia retrograde, amnesia anterograde, dan amnesia global sementara.
Amnesia retrograde
Apabila anda mengalami jenis ini, anda akan kehilangan ingatan yang lalu samada semalam ataupun tahun – tahun yang lalu. Anda juga kerap kali tidak ingat tentang hal baru-baru ini. Kenangan lama, seperti zaman budak sekolah dahulu, biasanya akan menghilang dengan perlahan – lahan.
Amnesia anterograde
Anda tidak dapat membentuk ingatan yang terbaru. Kesan ini hanya sementara sahaja. Sebagai contoh, anda boleh mengalaminya selepas satu malam mabuk disebabkan oleh terlalu banyak alkohol. Dalam sesetengah kes, Ia juga boleh menjadi kekal.
Anda boleh mengalaminya jika satu bahagian penting dalam otak anda yang dikenali sebagai hippocampus cedera. Hippocampus memain peranan yang penting dalam pembentukan ingatan.
Amnesia global sementara (TGA)
Sekiranya anda mengalaminya, anda akan berasa keliru atau pening (mabuk) yang datang secara berulang kali selama beberapa jam. Anda mungkin mengalami kehilangan ingatan beberapa jam sebelum serangan, dan anda mungkin tidak akan mempunyai ingatan yang berterusan. Kebanyakan kes menunjukkan orang dewasa pada pertengahan umur ke atas yang kerap alami penyakit jenis ini.
Amnesia bayi
Kebanyakan orang tidak dapat mengingati pada usia tiga hingga lima tahun. Fenomena ini amat biasa berlaku kepada semua orang.
Punca amnesia
Antara punca yang boleh dialami oleh pesakit kemungkinan daripada kecederaan fizikal atau mental atau usia yang tua:
Demensia
Kemampuan untuk ingat suatu perkara dianggap bergantung kepada usia anda. Ini boleh disebabkan oleh penyakit Alzheimer atau Demensia. Orang yang menghidap demensia akan hilang ingatannya yang terkini dan asyik teringat kenangan lama.
Anoxia
Penurunan tahap oksigen juga boleh mempengaruhi minda anda dan mengakibatkan kehilangan ingatan. Keadaan ini dipanggil anoxia.
Rawatan amnesia
Penyakit kehilangan ingatian ini boleh dirawat oleh doktor atau pakar neurologi. Mereka akan mengemukakan beberapa soalan mengenai kehilangan ingatan anda, serta gejala lain yang mungkin anda alami. Mereka mungkin meminta ahli keluarga atau penjaga untuk membantu penilaian mereka, kerana anda mungkin tidak dapat ingat jawapan kepada soalan tersebut.
Doktor anda juga mungkin menggunakan ujian kognitif untuk memeriksa ingatan anda. Selepas itu, mereka juga akan membuat ujian diagnostik. Sebagai contoh, mereka mungkin menggunakan imbasan MRI atau CT untuk memeriksa tanda-tanda kerosakan otak.
Untuk mengubatinya secara menyeluruh, doktor anda akan memberi tumpuan kepada penyebab utama keadaan anda. Antaranya, amnesia yang disebabkan oleh kimia (dari alkohol), dapat diselesaikan melalui detoksifikasi. Setelah selesai detoksifikasi, masalah ingatan anda mungkin akan reda. Amnesia daripada trauma kepala yang ringan biasanya akan sembuh tanpa rawatan dari masa ke semasa.
Amnesia dari demensia sering tidak dapat disembuhkan. Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin menetapkan ubat untuk menyokong pembelajaran dan ingatan.
Tabiat yang sihat seperti dibawah dapat menurunkan risiko untuk mengalami demensia, strok, dan kehilangan ingatan:
- Elakkan penggunaan alkohol atau ubat.
- Pakai topi atau helmet atau mana – mana pelindung kepala semasa anda bermain sukan atau membuat kerja berat untuk elakkan risiko tinggi kepada kecederaan kepala.
- Kekal aktif secara mental sepanjang masa. Sebagai contoh, mengikuti kelas, berkunjung tempat baru, membaca buku yang berlainan setiap masa, dan bermain permainan yang mencabar minda.
- Kekal aktif secara fizikal sepanjang masa. Sebagai contoh, bersenam, berenang, berjoging, berjalan, bermain bola, bermain bola keranjang.
- Makan makanan yang sihat untuk jantung, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan protein rendah lemak.
- Minum air secukupnya.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Amnesia – Gejala, Punca dan Rawatan ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info – info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.
Artikel yang menarik: Penyakit Herpes, Penyakit Beguk, Penyakit Asid Refluks, Penyakit Resdung, Penyakit Poliosis,