Anak Nak Masuk Tahun 1, Ini Silibus Matematik Yang Ibu Ayah Kena Tahu!
Anak nak masuk tahun 1 bulan 3 nanti pasti mendebarkan hati kebanyakan ibu ayah. Apatah lagi kalau anak itu adalah anak pertama. Pasti tak senang duduk ibu ayah. Ada juga keadaan yang ibu ayah pun tak tahu apakah persiapan yang dibuat itu mencukupi atau tidak.
Maklumlah, tiada pengalaman itu yang ibu ayah keliru apa yang patut dibuat, apa yang patut dibeli dan apa yang patut ibu ayah tahu. Jika berkaitan uniform sekolah, pasti ibu ayah tidak risau selepas bertanya pada kawan-kawan lain yang telah melalui zaman itu.
Namun, ada perkongsian seorang individu di facebook yang menarik minat ramai orang. Beliau berkongsi nota-nota dari subjek Matematik yang ibu ayah perlu tahu sebelum anak nak masuk tahun 1. Wow! Perkongsiannya mendapat hampir 8 ribu share dari orang lain.
Nak tahu apa yang dia kongsikan? Jom kita tengok di bawah ya.
Isi Kandungan
Anak nak masuk tahun 1? Baca ni ibu ayah!
Individu yang menggelar dirinya sebagai Senah Gomeh memaklumkan yang beliau bukan seorang guru. Tapi seorang yang peduli serta minat dengan matematik dan laman facebooknya kerap berkongsi ilmu matematik pada pelajar. Katanya juga, beliau aktif mengajar anak-anak untuk belajar serta jatuh cinta dengan matematik menggunakan kaedahnya yang tersendiri.
Berkaitan nota matematik untuk ibu ayah bagi yang ada anak nak masuk tahun 1 bulan Mac nanti, tulis beliau seperti berikut:
Penggal 2023 anak akan masuk darjah 1?
Ok… Ni antara topik topik yang mak mak akan jumpa dalam silibus Matematik Tahun 1. Mak mak kena belajar dan faham supaya mudah nak explain kat anak anak nanti…
DISCLAIMER:
SEKALI LAGI SENAH ULANG CAPTION DI ATAS…
Ini sememangnya topik yang ada dalam Tahun 1. Cuma nota nota yang Senah bagi ni UNTUK BACAAN IBUBAPA untuk faham SILIBUS. Senah bagi nota contoh sehingga angka ribu bertujuan untuk ibubapa dapatkan gambaran dan pemahaman tentang topik tersebut.
Kalau mak mak tak dapat gambaran secara jelas dan terperinci…susah nak jelaskan kepada anak…
Untuk TAHUN 1… Nombor terlibat likungan 0-100 sahaja.. SEKALI LAGI Senah ulang caption tanpa edit… Nota2 ni untuk mak mak kena belajar dan faham…. Sekian terima kasih.
-acik Senah-
Begitulah perkongsian Acik Senah, mudah untuk ibu ayah faham silibus anak-anak. Nanti tidaklah risau sangat kalau anak minta ajarkan pelajaran Matematik nanti.
Nota Matematik 1: Bundar
Rujuk turutan gambar untuk selesaikannya dan faham dengan jelas.
Gambar 1:
Jelas individu itu lagi,
DISCLAIMER: NOTA NI UNTUK BUAT CERAKIN… CARA BUAT ADA DI GAMBAR DI BAWAH…
Kalau nilai tempat semata² sa,puluh,ratus,ribu tu… Mak mak memang dah tau awal…so Senah tak share pasal tu…
Ramai mak mak tak tau makna CERAKIN NILAI TEMPAT & CERAKIN NILAI DIGIT..
Gambar 2:
Gambar 3:
Gambar 4:
Gambar 5:
Nota Matematik 2: Pecahan
Untuk nota ini pula, individu tersebut kongsikan bagaimana silibus pecahan untuk anak-anak pada tahun 1 nanti. Fuhh.. Bukan biasa-biasa kan?
Nota Matematik 3: Bentuk
Untuk gambar yang pertama ini, anak-anak perlu kenalpasti bentuk 3D. Menurut Senah juga, anak-anak tahun 1 hanya perlu mengenal dan tahun jenis bentuk, bukan diminta lukis.
Gambar 1: Bentuk 3D
Gambar 2: 2D
Nota Matematik 4: Data
Gambar menunjukkan pelajar perlu kenalpasti dan tahu simbol itu mewakili satu-satu nombor. Pelajar perlu berfikir dan mengira nombor itu berdasarkan soalan.
Gambar 1:
Gambar 2:
Penutup
Macam mana ibu ayah dengan nota di atas? Rasa agak mencabar ke tak? Semestinya zaman ini adalah zaman mencabar termasuk anak-anak kita. Silibus yang tinggi dengan banyaknya mata pelajaran sudah tentu ini bukan sesuatu yang anak kita patut gembira dengannya.
Tapi apa pilihan yang kita ada selain sebagai ibu ayah, pastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Jadi, ibu ayah yang ada anak nak masuk tahun 1 nanti, pastikan buat persiapan mental dan fizikal supaya dapat bantu juga pembelajaran anak-anak kita.
Ingat! walau macam mana pun prestasi anak kita, zahirkan rasa bangga juga mereka. Mungkin ada bakat lain padanya yang kita belum sedari atau cungkil lagi. Jangan sesekali rendahkan keyakinan anak kita risau ke;al nanti anak-anak itu akan merasa rendah diri dan beri kesan jangka panjang pada dirinya.
Selain Matematik, kami turut kongsikan nota Bahasa Melayu Tatabahasa. Baca di SINI.