ANGGUR
Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman buah ini banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman ini di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanamannya di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman buah ini berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980’an.
Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman buah ini. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman ini perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.
Daun pokok itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokoknya seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.
Buahnya yang berwarna merah dikenal banyak mengandung mineral dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan. Buah anggur merah juga mengandungi banyak magnesium yang berguna dalam melancarkan pencernaan dan mengatasi masalah buang air besar.
Buah anggur hijau tidak hanya sumber dari vitamin A, C, B6 dan folate yang baik. Tetapi juga sumber mineral penting lainnya seperti potassium, calcium, iron, phosphorus, magnesium dan selenium. Semua vitamin tersebut sangat berguna untuk menjaga kesihatan tubuh. Menyembuhkan Asma,Alzheimer,Penyakit jantung,Migrain
Anggur hitam terkenal mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi sehingga sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh sebagai sumber tenaga dan mencegah radikal bebas dan pencemaran udara serta dapat mencegah penuaan.
Khasiat anggur
- Kandungan vitamin C yang tinggi.
- Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
- Mempunyal kalori yang rendah.
- Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
- Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada penyakit jantung
Menarik untuk anda baca: Kelebihan minum air kelapa