Apa Itu Cyst? Kenapa Ia Digeruni Wanita
Apa itu cyst? Cyst merupakan ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair. Ia seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.
Isi Kandungan
Bagaimana Cyst Terjadi
Golongan wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) iaitu terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya. Cyst kecil ini tidak dapat mengeluarkan telur dari kilang ovari oleh wanita dan PCO’s lazimnya sukar untuk hamil. Sebahagian kecil daripada cyst adalah barah ovari.
Punca Cyst Ovari
- Sejarah Cyst ovari terdahulu
- Kitaran haid tidak teratur
- perut buncit
- Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
- Susah untuk hamil
- pesakit hipotiroid
- penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)
Gejala Dan Diagnos Cyst Ovari
- Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit pinggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
- Kitaran haid tidak teratur
- perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
- Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
- Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
- Mual dan muntah
- Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina
Kaedah Merawat Cyst
Bahaya Soya
Dalam mencegah cyst dalam apa juga kategori, adakah terdapat makanan-makan yang perlu dicegah? Menjawab persoalan itu, Fauziah berkata, penyakit ini berkait rapat dengan hormon estrogen. Oleh yang demikian katanya, pesakit dinasihatkan untuk mengelak dari makan soya dan semua jenis produk berkaitan dengan bijirin itu.
Mengapa soya? Fauziah menjelaskan, soya mengandungi isoflavones yang mempunyai kandungan estrogen yang tidak elok untuk tubuh badan terutama pada saluran peranakan. Jika anda mempunyai ovarian cyst yang berulang, doktor akan mengambil pendekatan memberi pil kontraseptif bertujuan menghentikan ovulasi dan mencegah perkembangan cyst baharu.
Kontraseptif oral juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari terhadap wanita yang menopause. Penyakit cyst ini juga pernah dibincangkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Datuk Dr Hamid Arshat. Menerusi perkongsian melalui laman Facebooknya, Hamid berkongsi tentang langkah mengawal estrogen.
Antaranya ialah menyarankan wanita agar mengekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI. Katanya, kegemukan katanya, boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang berlebihan. Kedua ialah melakukan senaman kerana mempunyai pelbagai faedah antaranya dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.
Artikel Berkaitan: Sakit Tumit Kaki – Plantar Fasciitis