Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa itu Forex? Halal ke?

Apa itu Forex? Forex adalah pertukaran mata wang sama ada dalm bentuk tunai mahupun hutang. Nama penuhnya, Foreign Currency Exchange (Forex). Contoh urus niaga, US Dollar (AS$) ditukar dengan Ringgit Malaysia (RM), RM ditukar dengan Rupiah, Rupiah ditukar dengan Yen dan seterusnya.

Forex yang bersifat tunai akan berlaku semasa pelabur ingin bercuti ke luar negara, mereka akan ke pengurup mata wang dan menukar nilai RM dengan mata wang negara yang mereka mahu pergi contohnya RM kepada USD apabila kita hendak ke Amerika Syarikat, RM kepada Riyal kalau ke Arab Saudi atau RM kepada Thai Baht kalau nak ke Thailand.

Forex telah mendapat reputasi yang agak tinggi antara pedagang-pedagang dalam talian. Di dalam pasaran dalam talian yang semakin berkembang ini, mata wang untuk hampir setiap negara ditukar antara satu sama lain dengan serta-merta. Forex dikenali untuk kecairan tingginya dengan jumlah mencecah $5 trilion sehari. Aliran Forex tidak pernah berhenti, dan dengan itu, menawarkan dagangan 24 jam 5 hari, margin terendah, serta leverage tertinggi di antara pasaran kewangan lain.

Namun demikian, apa yang menjadikan forex begitu menarik dan istimewa adalah berdasarkan kepada fakta bahawa ia tidak dipusatkan dan diperkenalkan sebagai pasaran jenis Over the Counter (OTC).

Isi Kandungan

Apa itu dagangan Forex?

Pedagang-pedagang Forex tidak terhad kepada masa atau zon tertentu, dan mereka boleh berdagang mata wang pada masa atau di tempat pilihan sendiri memandangkan sifat dinamik dan dalam talian pasaran ini. Sejauh mana kadar pertukaran dipertimbangkan, forex merupakan tempat asal kepada matawang banyak negara yang dibeli atau dijual dengan kadar pertukaran tertentu.

Pedagang-pedagang Forex membeli dan menjual apa-apa matawang yang mereka menganggap menguntungkan, dan ini termasuk pasangan matawang seperti EUR/USD serta GBP/USD. Dagangan Forex sudah tentu terjejas akibat banyak kejadian, sama ada semula jadi atau sebaliknya; dengan kata lain, nilai matawang dipengaruhi oleh kejadian yang telah dinyatakan. Pedagang-pedagang mengambil kesempatan daripada pergerakan nilai matawang untuk mengaut keuntungan.

Apa itu Forex?

Siapakah terlibat dalam pasaran Forex?

Dua institusi paling besar terlibat dalam pasaran forex adalah bank-bank pusat dan organisasi kerajaan, dan ada juga pihak berkepentingan yang terlibat dalam pasaran FX. Bank-bank dan institusi-institusi kewangan terlibat dalam perkara-perkara berkenaan dengan pertukaran, menyediakan bekalan dan transaksi antara bank; peserta-peserta ini membina pengaruh mereka berdasarkan kredit.

Selain itu, ada syarikat-syarikat antarabangsa yang menjamin kewujudan mereka dalam pasaran dengan menumpukan perhatian kepada hedging. Spekulator atau pedagang-pedagang matawang menggunakan setiap pergerakan matawang demi manfaat mereka; mereka cuba melihat turun naik terlebih dahulu. Dan akhirnya, ia adalah selamat untuk menganggap bahawa sesiapa boleh dipertimbangkan sebagai pelabur dalam Pasaran Forex dengan menglibatkan diri dalam sebilangan aktiviti-aktiviti seperti membuat perjalanan, transaksi dalam talian serta pelaburan.

Apa kelebihan Forex?

Forex merupakan pasaran kewangan yang paling luas di dunia ini dan kadar pusing ganti mereka adalah banyak kali lebih besar berbanding dengan pasaran lain yang serupa. Ia adalah sangat cepat, mudah diakses, mempunyai kecairan yang tinggi dan terbuka kepada semua tanpa mengira saiz budget mereka. Dagangan Forex bertambah popular disebabkan sifat luas, tidak dipusatkan dan maya pasaran tersebut.

Berdasarkan fakta bahawa ia boleh diakses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa tanpa mengira zon masa atau lokasi geografi, ini berjaya menarik lebih banyak pelanggan dan pedagang-pedagang yang berazam tinggi setiap hari. Pasaran FX mempunyai banyak kelebihan, dan kelebihan yang paling penting adalah tersenarai seperti di bawah:

Pasaran 24/5

Dagangan Forex bermula pada pagi hari Isnin di Australia dan berakhir pada petang hari Jumaat di New York. Ini memberi pedagang-pedagang lima hari penuh secara berturut-turut dengan peluang untuk berdagang dan mengaut keuntungan.

Kecairan yang Tiada Tandingan

Sebuah pasaran yang aktif selama 24 jam seperti Forex cenderung untuk menarik pelbagai peserta untuk berdagang, termasuk bank-bank perdagangan dan pusat, dana hedge, broker runcit, pedagang-pedagang runcit dan banyak lagi individu di seluruh dunia. Penyertaan mereka membantu mengekalkan kecairan tinggi pasaran pada setiap masa.

Leverage Tinggi

Leverage tinggi ialah salah satu ciri-ciri istimewa yang dikenali dalam Pasaran Forex. Dengan menggunakan leverage sebanyak 1:500, ini akan membenarkan peserta pasaran untuk mengendalikan lebih banyak wang berbanding dengan baki akaun sebenar mereka. Leverage juga sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai deposit yang besar. Walaubagaimanapun, leverage sepatutnya digunakan dengan berhati-hati kerana terdapat dua kemungkinan, iaitu anda sama ada mendapat keuntungan yang besar atau hilang semua duit anda.

Keuntungan dalam Kedua-dua Arah

Anda boleh sentiasa mengaut keuntungan dalam pasaran Forex tanpa mengira arah menaik atau menurun pasaran tersebut. Anda boleh mengaturkan strategi rancangan anda dan memilih masa untuk membeli (dengan harga lebih rendah) atau menjual asset anda (dengan harga lebih tinggi) dengan mengambil kira arah pasaran tersebut. Apabila anda memilih jenis dagangan long (membeli), dan nilai pip pasangan matawang anda menaik, anda boleh mengaut keuntungan, begitu juga apabila anda memilih jenis dagangan short (menjual), dan nilai pip pasangan matawang anda menurun, anda juga mengaut keuntungan dalam kes tersebut.

Komisen Rendah dan Kos Efektif

Berbeza dengan pasaran kewangan lain, Forex menerima semua jenis pedagang-pedagang tanpa mengira yang berskala besar atau kecil. Syarat-syarat dagangan pasaran ini cenderung untuk menjadi lebih berpatutan disebabkan jumlah besar syarikat-syarikat Forex. Syarikat-syarikat Forex mengenakan caj yang sangat rendah dan kadang kala, dengan komisen tetap daripada pelanggan mereka. Harga spread – iaitu perbezaan antara harga bidaan (Bid) dan harga permintaan (Ask) – dalam Pasaran FX juga sangat rendah berbanding dengan pasaran lain.

Mudah Diakses

Sifat dalam talian Pasaran Forex membolehkan ia diakses oleh semua orang. Kini, banyak syarikat-syarikat Forex dalam talian menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada pelanggan mereka seperti spread tetap/terapung, leverage tinggi, platform dagangan – MT4 & MT5, sokongan pelanggan (malahan dalam Bahasa tempatan) serta analisis pasaran. Forex juga menawarkan dagangan marginal yang membolehkan anda mengawal lebih banyak dana daripada bajet sebenar anda. Jadi, pada dasarnya, sesiapa termasuk pelabur besar atau kecil boleh menyertai pasaran tersebut dan memulakan dagangan.

Akaun Demo & Mikro

Peserta baru boleh menggunakan akaun demo untuk membiasakan diri dengan syarikat Forex dan Forex secara amnya – dari segi produk dagangan, platform dan perkhidmatan lain – dalam persekitaran simulasi dengan menggunakan wang maya. Dengan cara ini, pedagang-pedagang tidak akan hilang apa-apa duit yang dimiliki, dan jika digunakan dengan bijak, mereka boleh mempelajari banyak tentang strategi dagangan mereka. Akaun mikro juga sesuai untuk pedagang-pedagang yang tidak berpengalaman dan ingin berdagang dana mereka dengan jumlah kecil serta risiko yang terhad. Terdapat juga sesetengah pedagang-pedagang mahir yang lebih suka untuk mengendalikan akaun mikro.

Platform Dagangan Sesuai

Platform dagangan yang paling biasa ditawarkan daripada banyak syarikat-syarikat Forex termasuk platform MetaTrader 4 dan 5, Web Trader, Multi Terminal, Android, serta IOS. Platform tersebut membolehkan anda mengendalikan dagangan anda, menjejaki setiap pergerakan anda, serta mengkaji analisis pasaran, berita dan sebagainya. Tambahan pula, platform tersebut boleh diubahsuaikan –  anda boleh menukar ciri-ciri tertentu – menurut strategi dagangan anda atau membina strategi sendiri dari permulaan. Platform ini sangat fleksibel, jadi anda boleh mempunyai pengalaman dagangan yang lebih baik.

Apa Hukum Main Forex?

Disebabkan ramai yang masih tertanya-tanya hukum bermain forex. Ada yang kata harus dan ada juga yang kata haram. Jom kita dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan trading forex ini. Selain itu, anda juga boleh baca penjelasan daripada Majalah Labur berkenaan isu ini.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More