Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PNEUMONIA

Apa Itu Pneumonia

Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Penyakit biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal. Tanda-tanda penyakit ini adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas. Penyakit ini boleh didiagnos melalui kaedah x-ray dan pemeriksaan kahak. Rawatan bergantung kepada penyebabnya (disebabkan oleh bakteria dirawat dengan antibiotik). Ia boleh terjadi di semua golongan umur dan ia adalah salah satu penyebab utama kematian di golongan pesakit kronik.

pneumonia

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit radang paru-paru membunuh lebih ramai kanak-kanak daripada penyakit lain, lebih tinggi berbanding AIDS, malaria dan demam campak (measles).

Mengikut perangkaan, lebih dua juta kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun, menyumbang kepada hampir satu dalam lima kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun, di seluruh dunia.

Bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, jangkitan yang mampu membawa maut ini menyerang kanak-kanak bawah umur lima tahun dan bayi kerana sistem imunisasi golongan ini yang belum cukup kuat.

kanak-kanak menghidap pneumonia selalunya dikesan pada peringkat yang sudah parah. Gejala dan tanda pneumonia berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti.

Ia sering bermula dengan demam, batuk dan selesema yang dianggap ‘biasa’ sama ada oleh ibu bapa, penjaga dan juga doktor yang tidak menganggapnya sebagai suatu simptom serius.

Tanda yang mungkin nampak serius dan menjadi amaran kepada ibu bapa, penjaga dan juga doktor bahawa ia adalah pneumonia, apabila demam tinggi, batuk berkahak dan sukar bernafas.

Apabila dijangkiti, tidur mereka biasanya terganggu dan tanda bertambah teruk apabila mereka langsung tidak aktif dan bermaya malah hilang selera makan.

Pada 2008, dianggarkan seramai 8.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia, meninggal dunia. Seorang daripada lima kematian itu disebabkan oleh pneumonia atau dengan kata lain, seramai 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Kematian lain berpunca daripada malaria, TB, HIV/AIDS.

Di Malaysia, penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti pneumonia, ada kemungkinan mereka juga boleh mendapat jangkitan berulang sekiranya tidak mengambil langkah pencegahan.

Kanak-kanak yang berisiko tinggi seperti sejarah asma dalam keluarga dan kelahiran pramatang, selain pendedahan di tempat sesak dan ramai orang, tempat berhabuk dan asap rokok turut meningkatkan risiko jangkitan.

Kumpulan berisiko

• Di negara membangun, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, terutama bawah dua tahun dan miskin, berisiko menghidap penyakit ini.

• Warga tua juga turut berisiko.

• Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi kerana mereka menghidapi penyakit lain seperti HIV/AIDS.

• Pesakit HIV lebih berisiko tinggi dan berkemungkinan mati akibat pneumonia.

• Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi, sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.

Penyebab

• Kebanyakan organisma boleh menyebabkan pneumonia.

• Di peringkat global, bakteria seperti Hib dan pneumokokkus adalah dianggarkan untuk menyebabkan lebih daripada 50 peratus kematian akibat radang paru-paru di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Virus dan kulat juga boleh menyebabkan pneumonia.

Pencegahan dan rawatan

• Ia boleh dicegah dengan vaksin Hib dan pneumokokus.

• Jangkitan campak dan pertusis (batuk kokol) juga boleh menyebabkan komplikasi pneumonia. Oleh itu, vaksin untuk penyakit ini boleh mencegah sesetengah kes pneumonia.

• Tingkatkan kadar susuan eksklusif selama enam bulan.

• Kurangkan asap daripada rokok dan tempat memasak.

• Tingkatkan tahap nutrisi anak.

• Sentiasa basuh tangan dan ajar anak berbuat demikian.

Menarik untuk anda baca: SAKIT JANTUNG PEMBAWA MAUT

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More