Awesome Resipi Apam Balik Homemade, 5 Cara Mudah dan Cepat
Apam Balik Homemade? Jom kita sama-sama belajar. Salam Syawal Kelima. Ala…raya kan sebulan. Korang dah puas makan biskut raya? Penulis dah bosan asyik makan biskut semperit warna-warni aje. Tahun ni penulis cuma sempat buat biskut semperit warna cream, kuning telur,hijau pandan,oren dan macam kaler biskut red velvet. Maknanya ada 5 jenis biskut semperit penulis.
Biskut lain jangan ditanya. Tak sempat.
Oleh kerana diri sendiri sudah merasa bosan asyik makan semperit, apa kata kita try pulak buat kuih segera. Alaaaa…kuih yang hari ini buat dan hari ini juga habis. Nak simpan untuk esok, tak sedap pulak rasa kuihnya.
Jadi, apa kata buat Apam Balik. Kalau tak ada acuan, anda semua boleh guna pan saja. Kalau pan pun takde, gunalah apa-apa kuali yang penting tak melekat semasa di masak kuih apam balik ni.
Apapun, kalau percubaan membuat Apam Balik tak menjadi nanti korang post la dekat FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Heheh.
Resepi Apam Balik ni, penulis kongsikan dari facebook Ayam Brand Malaysia yer.
Resepi Apam Balik Homemade
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan caster sugar
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air
1 telur
Pewarna makanan kuning (optional)
Minyak masak
Kacang tanah (hancur)
1 tin Ayam Brand Sweet Corn Cream Style
Caster sugar
Butter atau marjerin untuk glazing
Cara-cara penyediaan dan membuat Apam Balik.
1.Campurkan tepung, gula, soda bicarbonate, baking powder, telur, air, dan pewarna kuning (jika guna) di dalam mangkuk sehingga sebati dan tiada ketulan. Jadilah batter apam balik.
.
2.Tambah setitik dua minyak masak ke atas non-stick pan pada suhu rendah. Kemudian lap pan tersebut dengan tisu. Anda hanya perlu buat ini sekali sahaja.
.
3.Gunakan senduk untuk tuang ¼ cawan batter ke atas pan. Gunakan belakang senduk untuk ratakan batter tersebut. Tutup pan selama 30 ke 60 saat (api rendah ya!).
4.Buka penutup pan dan taburkan gula, kacang, dan jagung. Tutup pan lagi sekali selama 30 saat.
.
5.Lipat apam balik anda dan sapukan butter atau majerin sebelum dihidang!
Kredit : FB Ayam Brand Malaysia