Resepi Mudah Buat Apam Polkadot, Kanak-Kanak Pasti Suka!
Kali ini admin akan kongsikan satu resepi menarik iaitu resepi untuk membuat apam polkadot yang sangat sedap, comel dan gebu-gebas, kanak-kanak juga pasti suka!
Apam polkadot ini sangat sesuai untuk dijadikan goodies atau dihidangkan pada majlis-majlis keramaian seperti parti hari jadi, majlis perkahwinan, untuk potluck dan sebagainya.
Pelbagai warna dan corak dot dot pada apam polkadot yang dihasilkan pasti akan menarik minat ramai terutamanya kanak-kanak.
Isi Kandungan
Resepi Apam Polkadot
Resepi apam polkadot yang admin akan kongsikan ini adalah versi daripada Che Nom.
Resepi ini mudah untuk dibuat sendiri di rumah dan bahan juga mudah untuk didapatkan.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat apam polkadot versi Che Nom ini adalah seperti berikut:
- 2 Biji Telur Saiz A
- 1 Cawan Gula Halus
- 1 Sudu Teh Ovallete
- 2 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Cawan Susu Full Cream Dutch Lady
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 2 1/2 Sudu Kecil Baking Powder
- Jem (Boleh Pilih Jenis Kesukaan Anda)
- Pewarna Makanan
- Piping Bag
- Cawan Kertas
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuatnya pula adalah seperti yang berikut:
- Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
- Ayak tepung gandum dan baking powder. Kemudian, ketepikan.
- Masukkan jem ke dalam piping bag. Kemudian, ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Harus pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
- Masukkan susu sedikit demi sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang anda ingin gunakan. Kemudian, bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
- Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
- Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
- Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang apabila kukus nanti.
- Picit dot dot ke atas adunan.
- Kemudian, kukus selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, apam polkadot sedia untuk dihidang dan boleh dimakan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!