APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid 2021
APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid telah diwujudkan oleh KPM untuk mengumpulkan maklumat setiap murid seluruh sekolah di Malaysia secara atas talian. Aplikasi ini sangat berguna kepada setiap guru kelas atau tingkatan di sekolah dalam membuat penyusunan data murid, perekodan kehadiran, mendapatkan maklumat peribadi murid dan sebagainya. Ianya merangkumi semua peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri JPN.
Modul Pengurusan Murid ini akan di akses oleh para guru yang diturunkan tugas oleh Pengetua ataupun Guru Besar dalam sekolah tersebut untuk memasukkan data e-kehadiran dan lain-lain berkaitan dengan murid. Aplikasi ini juga sangat berkait rapat dengan laman sesawang peperiksaan murid iaitu SAPS, data aktiviti kokurikulum PAJSK dan sebagainya.
Isi Kandungan
Kepentingan Sistem APDM
Sistem ini merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid.
Kegunaan APDM KPM
Antara penggunaan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah seperti berikut:
Merekod e-Kehadiran Pelajar
Aplikasi ini digunapakai sebagai satu aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. Selain itu, ia juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
Melengkapkan Dan Mengemaskini Borang Maklumat Pelajar
Maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi. Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.
Mengemaskini Data Guru
Guru kelas perlu meminta Administrator APDM sekolah supaya mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
Mengeksport Data
Sistem ini memudahkan pengurusan, guru boleh terus login ke dalam sistem dan mengeksport data murid ini dengan cepat. Berikut dikongsikan secara ringkas cara muat turun maklumat data murid sekolah dalam bentuk Excel:
-
- Melawat ke laman sesawang APDM.
- Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik HANTAR.
- Klik Data Murid. Maklumat yang dimuat turun adalah mengikut tingkatan atau tahun.
- Klik Muat Turun Excel pada penjuru kanan di bahagian atas skrin untuk menyimpan ke dalam folder komputer supaya dapat diakses secara offline.
Berikut adalah tatacara login kedalam portal rasmi APDM yang disediakan ole KPM ini. Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan dibawah sekiranya anda ingin mengemaskini maklumat dan membuat segala kerja berkaitan dengannya.
Cara Log masuk APDM
Disini kami kongsikan tatacara untuk login masuk kedalam aplikasi APDM tersebut.
- Klik link ini: https://apdm.moe.gov.my/
- Masukkan ID pengguna (nombor kad pengenalan/kod sekolah) dan kata laluan.
- Hantar
Apa Itu KPM-NKRA?
Sistem yang cekap ini dibina oleh kementerian pendidikan malaysia (KPM) menerusi sub pembangunan negara NKRA bagi memastikan kecekapan sistem pendidikan Malaysia berada pada tahap prestasi tinggi dalam dunia teknologi masa kini.
Apa Itu e-Kehadiran?
Bagi memudahkan lagi guru-guru untuk membuat keyin data kehadiran murid, Portal Rasmi ADPM KPM telah membuat satu applikasi android eKehadiran Murid boleh muat turun di play store masing-masing atau di eKehadiran murid.
Data Yang Perlu Dikemaskini Sebelum Tamat Sesi Persekolahan.
Para guru seharuskan memastikan setiap data yang diperlukan dikemaskini seperti berikut :
- Nama murid
- Status warganegara
- Kaum
- Agama
- Jantina
- Maklumat Penjaga termasuk pendapatan, pekerjaan, alamat, nombor telefon, dan maklumat majikan
Adalah menjadi keutamaan bagi murid Tahun 5 dan Tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun berikutnya.
Cara Login APDM KPM
Berikut merupakan tatacara dan langkah-langkah untuk login. Sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah rujuk kepada guru yang bertugas.
- Layari laman web rasmi KPM di sini : https://apdm.moe.gov.my/
- Log Masuk Pengguna di bahagian kiri paparan
- Login menggunakan kod sekolah, (cth idpengguna = ABC1234)
- Klik pendaftaran kelas, cari nama kelas/guru yg dimaksudkan
- Klik kemaskini
- Akhir sekali klik butang Kemaskini Maklumat Kelas
Nota : Username utuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengnalah 12 digit, tanpa sebarang sempang dan username untuk admin ialah kod sekolah.
Jika sekiranya masalah masih tidak selesai, anda boleh terus emel ke [email protected] untuk mendapatkan solusi.
Senarai Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Dalam Aplikasi APDM
Berikut kami kongsikan senarai yang dikaitkan dalam aplikasi ini. Ianya menjadikan APDM ini sebagai satu pusat pengkalan data yang penting dalam sistem pengurusan guru sekarang.
- Kemaskini no KP Murid Bukan Warga
- Kemaskini Maklumat Adik Beradik
- Ralat Maklumat Murid
- Kemaskini Maklumat Murid
- Kemaskini Maklumat Bapa
- Kemaskini Maklumat Ibu
- Kemaskini Maklumat Penjaga Utama
- Kemaskini Maklumat Penjaga Kedua
- Kemaskini Maklumat Bukan Warganegara
- Kemaskini Maklumat Warga Tanpa Dokumen
Bagi urusan mengemaskini data murid adalah sangat penting bagi seorang guru. Ini kerana ianya akan memberi kesan akan datang kepada kelayakan penerimaan bantuan kepada pelajar seperti bantuan JKM, Biasiswa Persekutuan dan sebagainya. Ini kerana kesemua data murid adalah diambil dari sistem APDM juga. Jadi guru guru perlulah memastikan data yang telah dikemaskini adalah yang terkini dan tepat.
Cara Login APDM Untuk Isi Kehadiran Murid
Adalah satu tanggungjawab kepada para guru yang bertugas untuk mengisi kehadiran anak murid mereka. Disini kami kongsikan tentang cara login APDM khas untuk para guru yang bertugas diluar sana.
- Anggap sahaja sesi APDM login telah selesai dan sedang berada dalam sistem paparan
- Cari Modul di bahagian kiri paparan
- Sila pilih kehadiran
- Pilih dan pastikan nama sekolah dan Nama Darjah/Tingkatan adalah betul
- Sila rekod kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih
Cara Kemaskini Maklumat Adik Beradik Dalam APDM
Untuk yang berstatus adik-beradik, ada sedikit pembaharuan cara login disini. Pastikan anda sudah hadam cara login APDM KPM di atas. Disini kami kongsikan tentang cara untuk mengemaskini seperti berikut :
- Pastikan anda login APDM dengan ID guru kelas terlebih dahulu
- Sila kemaskini Maklumat Adik Beradik dalam profil murid iaitu Bahasa Pertuturan dirumah dan Anak ke berapa.
- Selepas itu, sila kemaskini juga bilangan adik beradik yang ada
- Selepas itu, Jadual Tahun Dilahirkan dan maklumat murid akan keluar dalam paparan
- Pastikan segala butiran yang diberikan adalah betul sebelum anda mengemaskini.
- Sila semak semula setiap kami anda mengisi maklumat tersebut,
Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan?
Jika anda terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk mengakses sistem portal APDM, boleh meminta supaya katalaluan guru itu diresetkan dengan menghubungi pihak admin sekolah. Namun jika masalah tidak selesai, anda boleh ajukan emel ke [email protected]
Perlu dipastikan semua maklumat pengguna telah didaftarkan oleh Admin APDM terlebih dahulu. Pastikan No. Kad Pengenalan betul dan ingat kata laluan yang telah diberikan. Jangan lupa untuk menukar kata laluan sebagai langkah keselamatan.
Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Guru /Pengguna Berkaitan APDM
- Cara mendaftar /mengemaskini maklumat murid. Bagi memproses data atau mengemaskini maklumat murid, para guru boleh rujuk di sini
- Memastikan anda telah didaftarkan oleh Administrator APDM terlebih dahulu.
- Sekiranya guru kelas bertukar tangan, beliau perlu meminta Administrator APDM sekolah mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
- Bagi Laporan pelaksanaan MBMMBI, guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah.
- Bagi murid yang baru masuk/rekod belum wujud, klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor pasport atau tiada dokumen. Dan klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.
Nombor Untuk Dihubungi Sekiranya Mempunyai Persoalan Berkenaan Dengan Aplikasi APDM
Dibawah adalah senarai nombor untuk kita hubungi sekiranya terdapat masalah dan persoalan berkenaan dengan aplikasi ini mengikut negeri dan kawasan masing-masing.
Berikut juga disertakan maklumat dalam bentuk infografik bagi kemudahan pengguna.
- Kemaskini APDM : INFORGRAFIK_KEMASKINI_APDM
- Kemaskini maklumat bantuan murid : kemaskini_maklumat_bantuan_murid
Soalan Lazim
Berikut adalah antara persoalan dan permasaalan yang sering dikemukakan oleh para pengguna terutama para guru.
Apakah dokumen Bagi Pengesahan Murid Untuk Dimuat Turun Dalam Aplikasi?
Setiap murid perlu menyediakan salinan kad pengenalan atau surat beranak/tarikh lahir kepada guru bertugas.
Bagaimana Administrator APDM Sekolah Perlu Mengesahkan Semua Data Murid ?
Administrator APDM perlu menyemak beberapa perkara sebelum membuat pengesahan data murid dengan memastikan jumlah murid keseluruhan dan bilangan murid mengikut kelas adalah betul dan tepat termasuk mengikut jantina dengan klik menu ‘Data Murid’. Skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/tahun (paparan mengikut kelas dapat dipaparkan dengan klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan) dan diagihkan mengikut jantina.
Bila Administrator APDM Sekolah Perlu Mengesahkan Semua Data Murid ?
Admin perlu mengesahkannya alam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.
Bolehkan Admin APDM Mendapatkan Data Murid Sekolah Saya ?
Ya, Semestinya boleh. Klik menu ‘Data Murid’. Kemudahan muat turun boleh didapati mengikut tahun / tingkatan. Sila klik ‘Muat Turun Excel’ di hujung nama tahun / tingkatan berkenaan. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.
Bagaimana Mahu Buang / Padam Rekod Murid, Kerana Berpindah Keluar Atau Rekod Bertindih ?
Rekod murid boleh buang / padam dari APDM melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘ Data Murid’.
- Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
- Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
- Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.
Dibawah ini kami sertakan maklumat berbentuk infografik bagi memudahkan guru guru untuk mengikuti langkah demi langkah bagi urusan penghapusan atau padam rekod.
Bagaimana Mahu Tukar Kelas Murid Kerana Penyusunan Semula Kelas ?
Kelas murid boleh dikemaskini / ditukar melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘ Data Murid’.
- Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Kemaskini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.
- Pilih kelas terkini murid tersebut dari pilihan kelas yang dipaparkan.
- Apabila selesai memilih kelas, klik ‘Kemaskini’ untuk tukar kelas murid dan ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.
Bagaimana Pengetua / Guru Besar / PK2 Hendak Membuat Pengesahan Permohonan Sekolah Kawalan ?
- Admin APDM sekolah perlu mendaftarkan Pengetua / Guru Besar / PK2 di dalam APDM melalui menu ‘Pentadbir Sekolah’.
- Pengetua / Guru Besar / PK2 login ke dalam APDM menggunakan login (nokp Pengetua / Guru Besar / PK2 ) dan katalaluan yang telah dimaklumkan oleh Admin APDM sekolah.
- Admin APDM sekolah boleh semak katalaluan default (yg telah ditentukan oleh sistem) atau reset kataluan Pengetua / Guru Besar / PK2 sekiranya mereka terlupa katalaluan pada menu ‘Pentadbir Sekolah’.
- Apabila masuk ke dalam APDM Pengetua / Guru Besar / PK2 klik menu ‘Sekolah Kawalan’. Hanya permohonan yang berstatus “Menunggu Pengesahan Guru Besar” yang bermaksud permohonan sedang menunggu pengesahan oleh Pengetua / guru besar / PK2 dibenarkan dibuat pengesahan dengan klik butang ‘Sahkan Permohonan’.
- Pengetua / Guru Besar / PK2 akan dipaparkan permohonan tersebut terlebih dahulu untuk diteliti dan sila klik kotak checkbox ‘Saya mengesahkan permohonan ini’.
- Bagi status “Permohonan Belum Diserahkan” bermaksud, permohonan belum diserah dan dicetak oleh pemohon / guru kelas.
- Bagi status “Menunggu Kemasukan Data Akademik” bermaksud guru kelas belum membuat pengisian markah akademik bagi permohonan tersebut.
Siapakah Yang Menggunakan APDM Online?
Selain pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem APDM ini bagi mengendalikan maklumat murid dan sekolah masing-masing. Selain APDM ini, para gunu juga banyak menggunakan aplikasi seperti SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah berkenaan dengan keputusan peperiksaan sekolah.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan dengan sistem ini, e-melkan kepada [email protected]