Aplikasi Working For Workers Oleh KDN
Kerajaan akan melancarkan aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) bagi mengesan majikan yang culas membayar gaji khususnya pekerja warga asing termasuk pembayaran lewat dari tarikh yang sepatutnya.
Aplikasi WFW akan dilancarkan dalam masa terdekat dan menurut kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, ia sudah berada di fasa akhir menerusi penerapan konsep e-gaji (e-Wages) yang turut membabitkan usaha sama serta kawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Isi Kandungan
Kemampuan Aplikasi Working For Workers
Kementerian Dalam Negeri boleh mendapat maklumat yang disalurkan pekerja syarikat yang berkenaan itu sendiri sebelum aduan dikemukakan oleh mereka seperti sekarang. Apabila majikan tidak bayar gaji atau bayar lewat lebih hari ketujuh setiap bulan, maka KDN akan dapat maklumat tersebut secara langsung.
Aplikasi ini dicipta oleh kerana tindakan KDN berhubung dakwaan kononnya terdapat majikan melaporkan sendiri kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) supaya membuat serbuan ke atas pekerja asing mereka bagi mengelakkan pembayaran gaji.
Kemampuan Konsep e-Gaji (e-Wages)
Menerusi e-Wages yang mana dengan maklumat awal mengenai kelewatan pembayaran gaji, KDN tidak lagi perlu menunggu aduan pekerja sebaliknya piha KDN akan ambil tindakan sebaik sahaja tahu perkara tersebut.
Maklumat Lanjut
Tiada lagi perkembangan penuh tentang aplikasi Working For Workers (WFW), harap bersabar sehingga KDN mengumumkan pada masa akan datang.
Sumber Berita Harian
Artikel lain: Kad Diskaun Team Wipers