Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Asam Jawa, 5 Kebaikan Untuk Kesihatan

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Keenakan asam jawa tidak boleh disangkal lagi dan biasanya digunakan sebagai perisa tambahan dalam masakan. Ada masakan tertentu seperti sambal, gulai dan sebagainya yang memerlukan asam jawa sebagai salah satu bahan penting. Kalau tak masukkan, pendek kata tak ‘kick’ la masakan itu.

Sepohon pokok asam jawa, bukan buahnya sahaja yang merguna, tapi boleh katakan keseluruhan pokok tersebut. Daun atau pucuknya ada dibuat ulam, buahnya boleh dimasukkan dalam masakan atau boleh dimakan begitu sahaja. Biasanya as@m jawa masak dimakan begitu saja sebab manis dan asam jawa putik boleh dimakan dengan gula atau kicap.

asam jawa

Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda as@m jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah as@m jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Isi Kandungan

Kelebihan asam jawa

Sebenarnya banyak kelebihan as@am jawa yang mungkin ramai orang tak tahu. Jom kita tengok apakah kelebihan as@m jawa termasuk untuk kesihatan.

  • Digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak

Bagi mereka yang sakit tekak, hilang suara, tekak perit dan sebagainya, digalakkan untuk minum air asam jawa. Maka tidak hairanlah ramai pengeluar makanan di luar sana menghasilkan air asam jawa secara komersial untuk dijual.

asam jawa
  • Sebagai penambah perisa dalam masakan

As@m jawa mempunyai rasa masam secara semulajadi. Masam yang sedap orang kata. Jadi sesetengah masakan memang memerlukan asam j@wa sebagai bahan mandotori bagi menghasilkan masakan yang ada umphhh dan sedap.

  • Bantu tingkatkan imuninasi badan

Bagi mereka yang kerap tak sihat samada demam, selsema, atau batuk, elok mengambil asa@m jawa. Ini kerana buah ini kaya dengan antioksidan yang mampu menguatkan lagi sistem imun dalam badan kita.

  • Bantu atasi masalah pencernaan

Menurut laman rasmi HelloDoktor.Com, tumbuhan ini mengandungi sifat diuretik ringan yang membantu mengatasi masalah pencernaan. Sekiranya anda kerap mengalami sembelit, kekembungan dan kekejangan perut, maka apa kata anda cuba mengambilnya sebagai makanan atau minuman pada setiap pagi. Ini pasti dapat membantu anda untuk membuatkan usus anda menjadi lebih sihat.

  • Menghalang Flurosis

Seperti yang dikongsi Dr Zubaidi Hj Ahmad, dalam satu kajian yang diterbitkan di satu journal ‘European Journal of Clinical Nutrition’ pada 2002, membentangkan kesan pengambilan Asam Jawa (Tamarindus indicus) 10g sehari bersama makanan tengahari untuk 18 hari di sebuah asrama kebajikan di India.

Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan saintis dari National Institute of Nutrition, Indian Council of Medical Research, Hyderabad, India. Mereka mendapati pengambilannya dapat meningkatkan pengeluaran fluoride (mineral yang toksin untuk tubuh) dalam air kencing yang dikumpulkan selama 24 jam.

Mengurangkan pengeluaran mineral magnesium dan zinc (yang diperlukan oleh tubuh) melalui air kencing. Pengeluaran mineral calcium dan phosphorous tidak diganggu.

asam jawa

Pengkaji membuat kesimpulanan bahawa bahawa pengambilan tamarind dapat menghalang pembentukan gelaja fluorosis dengan memperbanyakkan pengeluaran fluoride ke dalam air kencing. Bagi pesakit kronik pengambilan Asam Jawa yang berlebihan harus mendapat nasihat doktor.

Penutup

Jadi, jika ada asam jaw@ di rumah, rajin-rajinlah amalkan selain dimasukkan dalam masakan sahaja. Antara kelebihan lain asam jaw@ juga, airnya boleh dilurut pada kepala bayi atau anak jika demam untuk turunkan kadar suhu yang panas. Semoga kita semua dapat memanfaatkan tumbuhan semulajadi yang Allah ciptakan penuh dengan khasiat dan kelebihan ini. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More