Buat Pengeluaran Online bagi ASB RM500 Sebulan
Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. Kemudahan Pengeluaran Online untuk ASB RM500 Sebulan dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
Melalui kemudahan ini, wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.
Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.
Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.
Isi Kandungan
HAD MAKSIMUM PENGELUARAN ONLINE ASB
Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
WAKTU URUS NIAGA
Dalam pengeluaran online ASB, Waktu urusniaga adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
- Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
- Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.
Cara Membuat Pengeluaran Online untuk ASB RM500 Sebulan
Buat masa ini, kemudahan ini hanya ditawarkan menerusi portal myASNB. Ia akan tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja. Berikut dikongsikan langkah-langkah pengeluaran ASB secara online:
Bagi yang belum mempunyai akaun myASNB online, anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB.
Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.
Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.
Anda Mempunyai Masalah atau Sebarang Pertanyaan Mengenai Pengeluaran ASB Secara Online RM500 Sebulan?
Kami cuba sebaik mungkin untuk membantu anda disini. Namun mungkin ada pertanyaan anda yang tidak ada dinyatakan disini, oleh sebab itu jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASNB di https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php . Semoga info ringkas disini dapat membantu anda.