Penyakit Asma- Punca, Gejala Dan Rawatan
Isi Kandungan
Apa Itu Asma?
Asma (Asthma) adalah penyakit kronik saluran pernafasan. Keradangan saluran udara menyebabkan saluran udara menjadi sempit sekali gus menyukarkan pernafasan dan mengakibatkan gejala asma termasuk batuk, bunyi berdeham semasa bernafas, sesak nafas, dan sesak dada.
Sekiranya teruk, asma boleh menjejaskan aktiviti normal dan keupayaan untuk bercakap.
Apakah Penyebab Asma?
Penyebab asma tidak diketahui. Apabila anda mengalami serangan asma, kombinasi kekejangan otot berlaku di sekitar saluran pernafasan, keradangan dan membran mukosa berlebihan yang terhasil menutup lapisan saluran pernafasan menyebabkan pernafasan lebih sukar.
Segelintir kecil pengidap dilahirkan dengan genetik untuk risiko menghidap asma sementara yang lain tidak. Persekitaran dan cara hidup anda menentukan sama ada anda akan mengalami serangan asma.
Serangan asma adalah tindak balas kepada pencetus. Ia menyebabkan keradangan lapisan saluran udara kronik lalu sel yang melapisi saluran udara mengalami pengubahsuaian struktur. Perkembangan jenis sel glandular boleh menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan. Lendir tersebut serta kerengsaan kepada reseptor otot di saluran pernafasan menyebabkan “bronchospasm”.
Akhir sekali, proses reaksi ini menyebabkan gejala serangan asma.
Pencetus asma/”asthma trigger”
Pencetus serangan asma berbeza antara individu. Antaranya ialah:
- Pendedahan kepada bahan tembakau, asap, parfum dan lain-lain menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan.
- Udara tercemar
- Bahan penyebab alahan (alergen) seperti acuan, debu, atau dander haiwan
- Jangkitan sistem pernafasan seperti selesema, sinusitis atau bronkitis
- Pendedahan kepada cuaca sejuk dan kering
- Perubahan emosi atau tekanan
- Senaman fizikal
- Refluks asid perut dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal, atau GERD
- “sulfites”, “additives” dan wain
Apa Gejala Asma?
Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam. Gejala mungkin berlaku pada awal pagi atau pada waktu malam. Simptom yang menandakan serangan asma adalah seperti berikut:
- Bunyi berdeham atau “wheezing” semasa bernafas
- Sesak nafas
- Ketat dada
- Batuk
- Kesukaran bercakap
- Keletihan
- Jantung berdebar-debar
- Penggunaan otot aksesori untuk bernafas
- Kadar pernafasan berkurang
Siapakah yang berisiko mendapat asma?
Anda berisiko menghidap asma jika :
- Seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).
- Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.
- Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).
- Terdedah kepada perengsa secara berterusan
Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?
Anda mungkin menghidap asma jika :
- Episod batuk yang berulang dengan berdehit.
- Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
- Keturunan anda menghidap asma atau alahan.
- Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan tertentu.
Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan membantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan asma.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-paru. Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian pernafasan.
Apa yang anda alami semasa serangan asma?
Apabila diserang asma anda akan mengalami :
- Batuk – Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat. Itulah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.
- Sukar bernafas atau sesak nafas – Saluran udara yang sempit menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas.
- Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang sempit dan banyak lendir.
- Sesak dada.
- Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk akan ditarik kerana anda bernafas.
Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor.
Apakah rawatan untuk asma?
Asma bronkial adalah penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ini bermakna, jika anda disahkan menghidap asma, anda memerlukan rawatan sepanjang hayat. Ia tidak boleh dirawat. Berita baik! Anda boleh mengawal asma dan anda boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.
Bagaimana mengawal asma?
- Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor dengan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.
- Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan, melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.
- Kerap berjumpa doktor. Bincang dengan doktor tentang masalah anda dan bentuk satu pelan tindakan asma bersama-sama.
- Ketahui ubat anda. Ketahui apa, bila dan kekerapan mengambil ubat dan tujuan anda mengambil ubat tersebut.
- Ambil ubat anda seperti yang dinasihati oleh doktor.
Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?
Pencetus | Apa yang boleh anda lakukan |
Perengsa/Asap |
|
Alahan |
|
Ubat-ubatan | Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif |
Senaman | Dapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan yang berat |
Jangkitan/refluks | Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks |
Tekanan emosi | Lakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya |
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Penyakit Asma-Punca,Gejala Dan Rawatan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout, Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan