Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ASNB Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’

ASNB kini menawarkan pelaburan menerusi ‘Financial Planning Solution Package’ (FPSP). FPSP adalah gabungan pelaburan antara unit amanah harga tetap dan harga berubah bagi membuka peluang lebih besar untuk potensi pertumbuhan pelaburan anda di ASNB.

Pakej terbaharu ini kini tersedia secara online di portal myASNB.

‘Financial Planning Solution Package’ ini menawarkan gabungan dana unit amanah harga tetap dan harga berubah ASNB yang sedia ada iaitu ASB dan ASN Sara 2 pada nisbah 90% ASB dan 10% ASN Sara 2.

Dengan pakej ini, pelabur juga mendapat promosi caj jualan ASN Sara 2 pada kadar 1.0%.

Isi Kandungan

Kelebihan Pakej FPSP

ASNB Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’ 1 ASNB Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’ 2

ASNB Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’ 3

Tempoh Kempen

Dapatkan promosi caj jualan untuk unit amanah harga berubah bagi pakej yang ditawarkan.

Tempoh kempen sah sehingga 20 Disember 2021 ini.
financial

Pakej Yang Ditawarkan

Pakej 1 : ASB + ASN SARA 2

  • Nilai Pelaburan: RM10,000
  • Nisbah Pelaburan: Ratio 9:1
  • Caj Jualan: 1%

*Caj Jualan Biasa : myASNB @1.5%, kaunter @ 3.5%

Tawaran sah bermula 2 Februari hingga 20 Disember 2021

Hanya kepada pelabur Bumiputera sahaja

Pakej 2 : ASM + ASN Equity 5

  • Nilai Pelaburan: Dari RM10,000
  • Nisbah Pelaburan: 1/2
  • Caj Jualan: 2%

*Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021

Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap

Pakej 3 : ASM + ASN Imbang 3 Global

  • Nilai Pelaburan: Dari RM10,000
  • Nisbah Pelaburan: 1/2
  • Caj Jualan: 1.75%

*Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021

Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap

Siapa Yang Layak?

  • Semua pemegang unit ASNB yang memenuhi kriteria kelayakan dana unit amanah yang ditawarkan mengikut kempen Pakej FPSP.
  • Pemegang unit yang tidak mempunyai pelaburan dalam dana harga berubah terpilih hendaklah membuat pelaburan permulaan terlebih dahulu.

i) Secara dalam talian dengan myASNB

  1.  Log masuk ke portal myASNB di www.myasnb.com.my
  2. Klik ‘Portfolio’
  3. Skrol ke ruangan ‘Ingin melabur dalam Financial Planning Solution Package?’
  4. Klik “Beli di sini”
  5. Klik “Beli sekarang” pada pakej yang dipilih.
  6. Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan transaksi anda.

ii) Secara manual di Kaunter ASNB

FPSP juga boleh dilanggan di kaunter Cawangan dan Ejen-ejen ASNB di seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila layari https://www.asnb.com.my/FPSP.php

Rujuk Soalan Lazim di sini: https://www.asnb.com.my/img/FPSP/FAQ%20-%20PAKEJ%201%20FPSP%20-%20BM.pdf

Artikel lain: Doa Mustajab Sebelum Berbuka Mudah Dibaca dan Diamalkan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More