Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Atasi Resdung dengan udara bersih

Atasi resdung kronik banyak caranya. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan umur. Menurut Doctor On Call, Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.

Isi Kandungan

Kategori resdung

  • Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
  • Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
atasi resdung

Gejala resdung kronik

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • “Hives”
  • Keletihan yang berlebihan

Komplikasi resdung kronik

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku akibat resdung dan lebih teruk jika ianya adalah di tahap yang sudah kronik. Antara masalah yang wujud pada pesakit resdung adalah gangguan tidur, masalah telinga, lelah, masalah sosial, jangkitan sinus dan keracunan makanan.

Mereka yang mengalami resdung memang hidung akan tersumbat dan ini mengganggu kualiti tidur. Pesakit juga boleh berdengkur dan lebih berisiko untuk mendapat obstructive sleep apnea. Obstructive sleep apnea berlaku apabila pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur dan boleh menyebabkan masalah darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar.

Itulah antara komplikasi yang boleh wujud jika mengalami resdung. Antara lain risikonya adalah menyebabkan berlakunya masalah seperti berikut:

  1. Meningitis – Jangkitan dari sinus akan merebak ke selaput yang meliputi otak.
  2. Masalah penglihatan – Jangkitan merebak ke soket mata boleh menyebabkan gangguan penglihatan dan buta bagi kes yang teruk.
  3. Bekuan darah – Jangkitan ke salur vena berdekatan dengan sinus boleh menyebabkan cavernous sinus thrombosis yang mungkin membawa maut.
  4. Cellulitis – Penyebaran jangkitan bakteria ke kulit kawasan muka.

Rawatan atau cara atasi Resdung

Selain berjumpa doktor atau pakar kesihatan, antara rawatan atau pencegahan yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan berlakunya resdung kronik atau cara atasi resdung ini adalah dengan membuat demikian:

atasi resdung

Seperti sakit lain, resdung ini juga perlu kepada pemerhatian dan rawatan dari doktor. Justeru, jika terdapat tanda atau gejala seperti yang dinyatakan, pastikan dapat nasihat dengan segera. Adapun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan gejala resdung yang menyerang dan pastinya dapat atasi resdung dari menyerang dengan lebih aktif. Antaranya adalah seperti;

  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkuk air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Akupuntur – Akupuntur selalunya dilakukan untuk merawat kesakitan. Namun, kaedah tradisional ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai sebagai rawatan resdung di rumah dan banyak lagi penyakit lain.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dari kuman dan habuk
atasi resdung

Justeru, untuk atasi resdung, pastikan jaga persekitaran dan perlu peka dengan keadaan sekeliling juga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More