Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hebatnya Ayat Kursi, QS. Al Baqarah (255)

Mengapakah ayat kursi ini dikatakan begitu istimewa?? Baiklah, dalam perkongsian ini, kami akan kongsikan kepada anda semua tentang dahsyatnya amalan ayat kursi dalam kehidupan seharian kita.

Isi Kandungan

Pengenalan Ayat Kursi

ayat kursi

Berdasarkan petikan ayat kursi diatas, Artinya: Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik – Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi – Nya tanpa izin – Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu – Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi – Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha tinggi, Maha besar.

Dalam bahasa Arab, آية الكرسي (Ayatul Kursi) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan tentang keagungan Allah SWT serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat kursi ni merupakan ayat yang dipetik daripada Al Quran iaitu dalam Surah Al- Baqarah, ayat yang ke – 255. Tahukah anda ayat ini dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Hal ini kerana, ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.  Ayat ini juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Baiklah, bagi menjawab persoalan di atas tentang kenapa ayat ini dikatakan begitu istimewa adalah menurut jawapan yang diberikan oleh Imam al-San’ani :

ayat kursi

Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. [Lihat: Subul al-Salam, 297/1]

Menurut Imam al- San’ani seperti ayat di atas, ayatul kursi ini istimewa adalah kerana dalam ayat ini ia menerangkan tentang nama-nama dan juga sifat-sifat Allah. 

Dahsyatnya Ayatul Kursi

Dalam pada kita membaca dan menghafal ayat kursi ini, haruslah kita ketahui juga akan kelebihan ayat ini ketika dibaca pada waktu yang digalakkan untuk kita sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Waktu Membaca Ayatul KursiKelebihannya
1. Saat keluar rumahPara malaikat akan menjagamu
~ Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia
2. Saat Masuk rumahKemiskinan tidak akan masuk ke dalam rumahmu
~ Berdasarkan sebuah riwayat yang disebutkan dalam kitab Nuzhatul Majalis wa Muntakhabin Nafais, dari Abu Hurairah;
Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barangsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya.
3. Setelah berwudhu’Derajatmu akan dinaikkan
~ Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
4. Ketika hendak tidurMalaikat akan menjagamu sepanjang malam
~ Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
5. Setiap kali selepas solatDijanjikan Syurga
~ Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]
Ayat Kursi

Penutup

Sungguhpun, semua ayat al-Qur’an adalah agung, akan tetapi ayat yang paling agung adalah ayat kursi. Sebagai akhir kata, terdapat banyak lagi sebenarnya kelebihan yang dapat kita rasai jika kita membaca serta mengamalkan setiap ayat – ayat yang terdapat dalam surah al-Baqarah ini. Selain manfaatnya yang banyak, terdapat banyak ayat-ayat yang dianjurkan untuk diamalkan oleh para ulama’ berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW. Walau apa- apa pun, apa yang penting bukanlah semata-mata untuk mendapat kelebihan yang dijanjikan kepada para pembacanya, tetapi kesungguhan kita dalam mengamalkan amalan-amalan sunnah ini adalah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah – sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah… Amin.

ayat kursi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More