Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kaedah Bacaan Yasin 41, Surah Yasin Adalah Hati Al-Quran

Berikut dikongsikan mengenai kaedah Bacaan Yasin 41 untuk rujukan anda semua di luar sana.

Kita boleh amalkan kaedah ini ketika membaca surah Yasin dalam kehidupan harian kita.

Isi Kandungan

Cara Bacaan Yasin 41

Surah Yasin adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Al-Jin.

Dinamakan Yasin kerana dimulakan dengan huruf Ya – sin.

Kaedah Bacaan Yasin 41, Surah Yasin Adalah Hati Al-Quran 1

Surah Yasin adalah salah satu surah yang banyak memberi syafaat kepada pembacanya.

Sebahagian pihak telah bertindak meletakkan suatu kaedah tertentu untuk bacaan surah Yasin, yang dinamakan sebagai bacaan Yasin 41, dengan kepercayaan bahawa ia menjadi asbab hajat seseorang itu diperkenankan.

Selain itu, bacaan Yasin 41 ini adalah amalan Habib Abdullah Bin Alwi Al Haddad yang membaca surah Yasin sekali seperti 41 kali.

Berikut adalah kaedah bacaan Yasin 41 yang diajarkan, iaitu:

  1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, adalah sangat baik dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah.
  2. Kemudian, surah Al-Fatihah diniatkan untuk Rasulullah SAW dan diikuti juga dengan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW sebanyak 11 kali.
  3. Selepas itu, baca ayat pertama surah Yasin sebanyak 7 Kali – niat dalam hati.
  4. Kemudian, teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” sebanyak 14 kali – niat dalam hati.
  5. Kemudian, teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang ayat 58 sebanyak 16 kali – niat dalam hati.
  6. Akhirnya apabila sampai pada ayat 81, ulang ayat 81 sebanyak 4 kali – niat dalam hati.

Jumlah ayat-ayat yang diulang itu adalah berjumlah 41 kali (7+14+16+4). Itulah yang dimaksudkan dengan bacaan Yasin 41.

Kaedah Bacaan Yasin 41, Surah Yasin Adalah Hati Al-Quran 2

Kelebihan Membaca Surah Yasin

Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya.”

Riwayat Ibn Hibban

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati Al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali Al-Quran.”  

Riwayat Al-Tirmizi

Kaedah Bacaan Yasin 41, Surah Yasin Adalah Hati Al-Quran 3

Menurut hadis yang lain, terdapat lagi beberapa kelebihan membaca Yasin antaranya adalah seperti berikut:

  • Orang yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya dan akan diberi ganjaran pahala seperti membaca Al-Quran sebanyak 12 kali.
  • Apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam.
  • Apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga, maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia).

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More