Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bahaya Bisphenol A (BPA)

Isi Kandungan

Apa itu Bisphenol A (BPA)

Bisphenol A adalah sejenis bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate).  Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak.  Ia banyak digunakan di dalam pelbagai produk di pasaran ,antaranya botol susu , botol air mineral , dan bekas makanan.

Apabila kita menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A ini, ia akan melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan . Walaupun dalam kuantiti yang sedikit bahan ini memasuki ke dalam tubuh kita , ia tetap memberi kesan negatif kepada tubuh.

Bisphenol A

Plastik, secara umumnya tidak memberikan sebarang risiko kepada penggunanya.

Namun, molekul kimia yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kepada kesihatan kita.

Molekul kimia yang kecil ini boleh berpindah daripada bekas plastik ke dalam tubuh manusia dalam keadaan tertentu, dan kesan yang minor ini menimbulkan masalah kesihatan yang sangat serius.

Faktor bagaimana Bisphenol A boleh meresap ke dalam makanan dan minuman kita

  • Kepanasan – apabila terdedah kepada api atau matahari
  • Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding jika ia terdedah kepada air sejuk atau suam.
  • Calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)

Cara untuk mengelakkan Bisphenol A

Sememangnya sukar untuk mengelak dari menggunakan barangan yang mengandungi BPA, tetapi kita boleh cuba untuk mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :-

1.  Jangan panaskan makanan atau minuman dalam bekas plastik polikarbonat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau cuba merebus makanan menggunakan bekas tersebut.

2.  Gunakanlah bekas makanan dari porselin , kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

3.  Kurangkan pengambilan makanan dalam tin , pilih makanan yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih makanan segera di dalam botol kaca.

4.  Jangan membiarkan dan minum air di dalam botol air mineral yang terdedah di dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari terik.

Bahaya Bisphenol A (BPA) 1

5. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda.  Semak kod Plastik di bawah permainan.  Kod 7 adalah polikarbonat.  Elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin.

6.  Gunakan botol susu daripada kaca atau plastik yang bebas BPA.  Pastikan anda menyemak kod yang terdapat di bawah botol tersebut.  Elakkan polikarbonat, sebaik pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.

7. Gunakan sabun yang khas untuk mencuci botol susu.

8.  Elakkan dari tercalar atau tergores di bahagian dalam botol susu.  Gunakanlah berus yang lembut dan bersesuaian semasa mencucinya.

Semoga dengan perkongsian ini boleh memudahkan anda untuk menyemak dan mengelakkan dari membeli atau menggunakan produk yang mengandungi BPA.

Menarik untuk anda baca:10 Fakta Menarik tetapi Pelik Mengenai Coklat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More