Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cakar Kucing Boleh Membawa Mudarat

Isi Kandungan

Bahaya Cakar Kucing

Menurut fb Puclic Health Malaysia, bagi pencinta kucing, ini risiko perlu tahu andai kita terluka dicakar kucing.

Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.

Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.

Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.

Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.

cakar kucing

Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung. Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai  kuman pada kukunya. (Kucing  boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya  sendiri.)

Penyakit Cakaran Kucing bukanlah  satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing.Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan  bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakar Kucing?

Satu gelembung atau lecur akan kelihatan  pada bahagian yang terkena gigitan atau cakar kucing. Gelembung dan lecur ini  akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga boleh terjadi, kelenjar-kelenjar  paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakar kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Jika anda mendapati diri  anda telah digigit atau dicakar kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan  berdasarkan fakta itu.  Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Menarik untuk anda baca: Keistimewaan Madu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More