Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bahaya Tiroid Boleh Jadi Kanser Dan 5 Gejalanya

Bahaya tiroid masih ramai lagi yang tidak tahu. Malah ramai yang menyangka tiroid itu hanya biasa sahaja, sekadar benjolan. Tiroid ini merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher. Ia bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Wanita perlu lebih berhati-hati jika terdapat benjolan di leher kerana hal ini menjadikan kanser tiroid berada dalam kumpulan 10 jenis kanser yang lazim berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.

Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.

bahaya tiroid

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid. Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.

Isi Kandungan

Punca dan bahaya Tiroid

Seperti penyakit lain, tiroid ini juga boleh terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada dua kumpulan yang boleh diklasifikasikan dalam kategori masalah ini. Berikut merupakan dua kumpulan tiroid yang perlu kita semua tahu:

  1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal:
  • Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)
    Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan; –
  • Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif)
    Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)
  • Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri:
  • GoiterIa bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkakNodul tiroid
  • Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid
  • Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.

Gejala Tiroid

Terdapat banyak gejala yang boleh dikaitkan dengan bahaya tiroid, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Tangan menggeletar (tremor) – Ankat kedua belah tangan dan perhatikan ada menggeletar atau tidak.
  2. Rasa gementar – Sentiasa rasa gementar atau gemuruh dengan tiba-tiba.
  3. Degupan jantung yang laju
  4. Mudah berpeluh dan panas – Persekitaran itu kalau orang lain merasa sejuk, orang yang menghidap tiroid jenis ini akan berlawanan iaitu rasa panas.
  5. Susut berat badan – Turun berat badan dengan mendadak walaupun tidak diet.
  6. Lesu dan cepat berasa letih – Cepat merasa mengah, penat, letih dan lesu.

Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah.

Berikut adalah antara gejala atau tanda yang berkemungkinan orang itu menghidap bahaya tiroid jenis hipotiroidisme:

  1. Lesu
  2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
  3. Kulit kering
  4. Sembelit
  5. Sentiasa berasa sejuk
  6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
bahaya tiroid

Komplikasi dan bahaya tiroid

Mana-mana penyakit tentunya ada kesan tersendiri. Samada kesan atau komplikasi itu teruk atau tidak, sikit atau banyak dan cepat atau lambat. Begitu juga dengan penyakit dan bahaya tiroid. Namun, untuk lebih faham, kita pecahkan komplikasi ini kepada setiap masalah tiroid itu sendiri. Jadi mari kita tengok komplikasi tiroid yang sangat bahaya jika tidak dibendung dari awal penyakit ini.

  1. Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
  2. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  3. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  4. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  5. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  6. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  7. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.

Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :

  1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
  2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
  3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
  4. “Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Bahaya tiroid dan kesan Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah dari segi kecantikan/kosmetik. Jika ia menyebabkan terjadinya barah tiroid, harus diingat, barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh 5 tahun selepas pembedahan. Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah bahaya tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.

bahaya tiroid

Penutup

Kesimpulannya, penyakit tiroid boleh menganggu emosi dan rutin harian jika tidak dirawat segera. Justeru, sesiapa yang merasakan ada tanda atau gejala yang seperti disebutkan di atas khususnya kepada para wanita diingatkan perlu ambil tindakan dengan segera.  Lakukan segera melakukan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan agar jika ada penyakit tiroid, ia masih dalam peringkat awal dan boleh dirawat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More