Banjir 2022-Bahaya Penyakit Berjangkit
Banjir 2022 sedang hangat melanda negara saat ini. Sudah tentunya beberapa kawasan seperti di Terengganu dan Kelantan yang dilanda banjir ketika ini mengalami kesukaran melampau pada mereka yang terlibat.
Tidak lupa juga ada yang melihat situasi banjir ini sebagai ‘pesta air’ yang mana anak-anak malah orang dewasa juga seronok bermain air di laman rumah yang dilanda banjir.
Namun begitu, bak kata pepatah, malang tak berbau. Dalam pada kita menghadapi musibah atau tidak kira menerima musibah ini dengan positif, tapi janganlah leka dengan beberapa isu kesihatan dan keselamatan. Banyak kesan yang tidak baik boleh dapat melalui bencana banjir ini (banjir 2022).
Isi Kandungan
Kesan tidak baik dari banjir
Antaranya adalah:
-
- Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Jika ada kenderaan yang tenggelam banjir, mungkin tips ini sangat membantu.
- Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir.
- Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Banjir 2022 ini melihatkan berita terbaharu 3 beradik meninggal akibat terkena renjatan elektrik.
- Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan penempatan sementara mangsa banjir 2022.
Banjir dan Risiko Penyakit
Banjir sebelum ini dan banjir 2022 yang berlaku banyak mendatangkan kesan tidak baik kerana ia menyebabkan sampah sarap, lumpur, serta air takungan najis akan keluar bersama limpahan air. Kekotoran dari itu akan bertaburan di merata tempat hingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banj1r seperti yang oleh page rasmi myhealth KKM adalah seperti jangkitan pernafasan akut, Konjunktivitis (Sakit Mata), Leptospirosis, Cirit-Birit, Disentri, Hepatitis A, Taun/Kolera, Demam Kepialu (Typhoid), Keracunan Makanan, Demam Denggi, Jangkitan Kulit, Demam Campak (Measles), Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD), Malaria Dan Cacar Air (Garis Panduan Pengurusan Banjir, 2008).
Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan. Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala.
Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui meminum air atau memakan makanan yang telah dicemari oleh kuman-kuman penyakit tersebut. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Kejadian penyakit ini sentiasa dipantau dan dikawal oleh pihak Kesihatan. Banjir 2022 tahun ini memerlukan pemerhatian lebih dari ibu bapa agar anak-anak sentiasa dalam keadaan yang sihat.
Sumber gambar: Twitter Dr Nor Hisyam
Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banj1r yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang telah terjangkiti dengan bakteria ini.
Antara tanda-tanda penyakit Leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman.
Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)
Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata.
Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan ini merupakan radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah, berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.
Demam Denggi
Selepas banjir 2022 surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan tiada tempat yang boleh menakung air seperti plastik, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin yang digunakan atau hanyut semasa bencana.
Bekas-bekas ini perlulah dibuang dengan betul. Setiap penghuni rumah juga perlu memastikan persekitaran rumah mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes ini.
Demam Denggi adalah berpunca dari nyamuk Aedes. Antara tanda-tandanya ialah bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah atau break-bone fever) dan gatal-gatal.
Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Berhati-hati banjir 2022
Justeru, orang awam ibu bapa terutamanya dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan peka dengan keselamatan juga kesihatan seluruh ahli keluarga ketika banjir 2022 melanda. Ingat, harta benda rosak boleh dicari lagi, tapi nyawa yang pergi tiada galang gantinya. Jangan kerana kita terlepas pandang, orang yang paling kita terkorban akibat banjir tahun ini (banjir 2022). Nauzubillah.