Bantuan Am Negeri RM350 Sebulan Kepada Rakyat Yang Layak
Bantuan Am Negeri RM350 adalah untuk rakyat Negeri Selangor yang layak dan memerlukan. Bantuan ini didasarkan adalah untuk membantu rakyat Selangor yang berkelayakan bagi meneruskan kelangsungan hidup sewaktu dalam kesulitan.
Buat makluman semua, Menteri Besar Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kerajaan Negeri Selangor, atau lebih dikenali dengan nama Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) iaitu bantuan khas untuk rakyat negeri Selangor.
Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang dapat dipohon oleh rakyat Negeri Selangor terutamanya yang berasal dari golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.
Bagi rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan, terdapat lebih daripada 30 jenis inisiatif yang boleh dimohon. Kesemua inisiatif ini merangkumi bantuan dari segi bekalan air, kelahiran, pengajian tinggi, perbelanjaan pengebumian dan sebagainya.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Bantuan Am Negeri RM350
Rakyat Selangor yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Selangor
- Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon mesti bermastautin melebihi tempoh 10 tahun di Negeri Selangor
- Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain
- Faktor-faktor lain yang juga diambil kira adalah:
- Bilangan anak / tanggungan
- Tahap ketidakupayaan ketua keluarga
- Keadaan rumah kediaman
- Kecacatan atau keuzuran disebabkan oleh penyakit
- Faktor-faktor munasabah lain serta pemohon boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350 sebulan
Cara Memohon Bantuan Am Negeri RM350
Untuk mereka yang layak memohon, anda perlu mendaftar di laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat dan selepas mendaftar anda boleh memohon pada kategori bantuan yang diperlukan.
Kadar Bantuan Am Negeri RM350
- Pemberian bantuan sementara diberikan kepada rakyat Selangor yang layak sehingga RM350 sebulan untuk mendapatkan keperluan asas sekiranya berhadapan dengan masalah kehidupan yang tidak boleh dielakkan.
- Semua penerima bantuan terbabit akan menerima bayaran yang disalurkan sepenuhnya melalui akaun bank masing-masing.
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap tentang bantuan ini serta untuk dapatkan info-info yang terkini berkaitan dengan kerajaan Negeri Selangor, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor dan semoga perkongsian tentang Bantuan Am Negeri RM350 ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.