Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Tahun 2024
Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara yang kini sedang dibuka untuk pelajar-pelajar yang layak.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM
Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) adalah sebuah pusat zakat pendidikan di negeri Terengganu yang cakna kepada golongan berfokus dengan memberi pendidikan seiring kehendak pasaran berteraskan lonjakan momentum tamadun yang gemilang.
Peranan YPM adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan.
Kini, YPM telah membuka permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara kepada pelajar-pelajar yang layak bagi tahun 2024.
Objektif permohonan tersebut dibuka adalah untuk
- Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
- Meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke peringkat pengajian tinggi.
Kaedah Bayaran Bantuan
Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara YPM ini akan disalurkan terus kepada pelajar berkenaan yang layak secara EFT / cara lain yang bersesuaian.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara YPM ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran ATAU pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, telah baligh dan berakal.
- Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh daftar pengajian.
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil / Pra-Diploma / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Sarjana Muda / Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) serta layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.
- Pemohon telah diterima belajar di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara atau luar negara ATAU Institusi Pengajian Kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Tempoh pengajian adalah tidak kurang daripada enam (6) bulan dan keutamaan akan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walau bagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara kini dibuka dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada portal MAIDAM melalui pautan berikut:
>>>Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Tahun 2024<<<
Dokumen Sokongan
Senarai dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara ini adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik beradik dalam tanggungan (untuk permohonan kali pertama sahaja / tambahan tanggungan).
- Salinan Slip Gaji ibu dan bapa / penjaga atau Akuan Pendapatan Bulanan (bagi yang bekerja sendiri / pesara swasta) / Penyata Pencen / Kad Pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
- Surat Tawaran Belajar yang rasmi.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Berhenti Sekolah / Sijil-Sijil Berkaitan (untuk permohonan kali pertama sahaja).
- Surat Pengesahan Mastautin Terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip Permohonan dan Surat Mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat / Pengerusi Masjid / Ketua Kampung / Penghulu.
- Salinan Tiket Penerbangan bagi pelajar luar negara.
- Salinan Sijil Kematian / Sijil Cerai ibu bapa (jika berkenaan).
- Lain-Lain Dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!