Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Permohonan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 Dengan MyKad Sahaja

Permohonan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 dengan hanya menggunakan MyKad sahaja sudah pun boleh dibuat mulai 1 Julai yang lepas. Untuk makluman, pemberian bantuan ini adalah secara berkala mengikut negeri.

Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100

Disebabkan keadaan dunia sekarang yang menjadikan majoriti rakyat kehilangan pekerjaan, ramai orang mulai mengalami kesusahan untuk mendapatkan barangan keperluan asas untuk kehidupan seharian di rumah. Disebabkan itu, kerajaan telah membuat inisiatif untuk memberikan bantuan barangan dapur bernilai RM100 kepada mereka yang memerlukan di bawah Program PRIHATIN Kasih.

Terdapat juga Bantuan Bakul Makanan yang diberikan kepada rakyat setempat.

Isi Kandungan

Apa itu Program PRIHATIN Kasih?

Secara umumnya, Program PRIHATIN Kasih ini merupakan sebuah saluran bantuan barangan dapur bernilai RM100 ke dalam MyKad individu yang layak dan memfokuskan kepada warga miskin yang terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan ini.

  • Untuk makluman juga, Program PRIHATIN Kasih ini berada di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi(PEMERKASA) yang akan dikendalikan oleh Yayasan Kasih.
  • Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak RM100 Juta yang akan memanfaatkan hampir 300 000 isi rumah yang berkeperluan.
  • Bantuan barangan dapur bernilai RM100 ini akan diberikan sehingga 3 bulan berturut-turut.

Apakah itu Yayasan Kasih?

Yayasan Kasih atau lebih dikenali Yayasan Kasih Sayang Malaysia(YKSM) merupakan organisasi kebajikan yang berpegang kepada moto “Berkhidmat Berkebajikan”. Matlamat mereka adalah untuk memberi bantuan kepada mana-mana masyarakat yang ditimpa bencana alam, musibah atau kecelakaan dalam pelbagai bentuk bantuan, iaitu:

  1. Tenaga
  2. Wang
  3. Perubatan
  4. Harta benda

Banyak aktiviti dan bantuan yang dijalankan oleh Yayasan Kasih bagi memastikan tiada insan yang sengsara tidak terbiar begitu sahaja.

Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 Dengan Menggunakan MyKad

Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100

Bantuan ini dikhususkan kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat pandemik ini. Moga-moga dengan bantuan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima selama 3 bulan berturut-turut ini mampu meringankan serba-sedikit bebanan yang perlu ditanggung oleh mereka.

Bagaimanakah Caranya Untuk Membuat Semakan Kelayakan?

Kepada isi rumah, anda boleh membuat semakan kelayakan di portal rasmi Semakan Status kelayakan anda di pautan di bawah. Segala nama yang layak akan tersenarai berdasarkan pangkalan data yang ada pada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Pembasmi Kemiskinan(e-Kasih).

Klik di sini: Semakan Kelayakan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100:

Cara Permohonan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 Dengan MyKad Sahaja 1

  1. Apabila anda menekan link yang tertera, anda akan dibawa ke laman web ini.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan isikan Captcha Word yang diberi dengan betul.
  3. Tekan butang ‘Semak Status’.
  4. Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan sama ada anda LAYAK atau TIDAK LAYAK.
  5. Kepada mereka yang layak, anda akan mendapat SMS daripada MyKasih bagi mengesahkan status penerimaan anda.
  6. Seterusnya, anda akan dimaklumkan untuk menghadiri ke mana-mana kedai runcit, supermarket atau lain-lain yang berkaitan untuk mendapatkan taklimat berkaitan bantuan ini.

Bolehkah sekiranya saya ingin membuat permohonan bantuan ini?

Kepada mereka yang mendapat status tidak layak, anda dibolehkan untuk membuat permohonan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Anda perlulah menghantar e-mail ke [email protected].
  2. Dalam e-mail itu, anda perlu sertakan maklumat lengkap anda seperti nama penuh, No. Kad Pengenalan, alamat rumah semasa dan nomborvtelefon supaya mudah dihubungi.
  3. Dalam e-mail itu juga, anda perlulah memaklumkan tujuan penghantaran email yang dibuat.
  4. Pastikan anda menjelaskan tujuan e-mail itu dihantar supaya memudahkan pengurusan permohonan anda.

Cara Penggunaan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100

Setelah anda disahkan layak menerima bantuan ini, sejumlah wang sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad anda. Maknanya, jikalau anda ingin membeli barangan keperluan di mana-mana kedai runcit yang berkaitan sepanjang tempoh bantuan ini berkuatkuasa, anda hanya perlu membayarnya dengan menggunakan MyKad anda.

  1. Pergi ke kedai runcit, minimart atau supermarket yang berkaitan.
  2. Pilih dan ambil barangan keperluan yang anda perlukan(bahan masak, alatan mandi, barangan basuh, alat tulis, makanan dan lain-lain).
  3. Bawa barangan anda ke kaunter pembayaran.
  4. Nyatakan bahawa anda ingin membayar menggunakan duit bantuan barangan dapur.
  5. Serahkan IC anda kepada orang yang berada di kaunter.
  6. Pekerja itu akan ‘scan’ IC anda dan nilai wang dalam MyKad akan ditolak.
  7. Pembayaran selesai.
  8. Pastikan anda menyimpan resit pembayaran untuk rujukan di masa hadapan.

Kedai-Kedai Yang Terlibat

Terdapat hampir 300 rantaian kedai yang terlibat. Berikut merupakan senarai kedai yang kebiasaanya kita tahu dan selalu pergi:

  • 99 SpeedMart
  • Pacific
  • Milimewa
  • The Store
  • Giant
  • Econsave
  • MyDin
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

Tarikh Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 Ini Dikreditkan

Untuk makluman, pemberian bantuan ini dipecahkan kepada 3 peringkat mengikut negeri dan bulan, iaitu:

  • Peringkat 1: Melibatkan negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

PERKARA

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran
bulan Julai – 1 Julai 2021

RM 100

Pembayaran
bulan Ogos – 1 Ogos 2021

RM 100

Pembayaran
bulan September – 1 September 2021

RM 100

  • Peringkat 2: Melibatkan negeri Kelantan, Yerengganu, Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Melaka

PERKARA

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran
bulan Ogos– 1 Ogos 2021

RM 100

Pembayaran
bulan September – 1 September 2021

RM 100

Pembayaran
bulan Oktober– 1 Oktober 2021

RM 100

  • Peringkat 3: Melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.

PERKARA

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran
bulan September– 1 September 2021

RM 100

Pembayaran
bulan Oktober– 1 Oktober 2021

RM 100

Pembayaran
bulan November- 1 November 2021

RM 100

Soalan Lazim

  1. Adakah saya perlu membuat permohonan bantuan ini?
    • Secara umunya, bantuan barangan dapur bernilai RM100 ini, anda perlu menyemak nama anda seperti yang telah dinyatakan. Jikalau tiada, anda dibolehkan membuat permohonan melalui e-mel.
  2. Apakah yang boleh saya lakukan dengan wang RM100 ini?
    • Penerima bantuan ini dibolehkan membeli sebarang barang keperluan sama ada dalam bentuk makanan ringan, barangan basah dan lain-lain keperluan di mana-mana kedai yang berkaitan.
  3. Saya layak untuk mendapat bantuan ini pada bulan Ogos. Adakah saya perlu menyemak kembali kelayakan saya pada bulan September?
    • Tidak, anda tidak perlu menyemaknya kembali kerana sekali anda layak pada bulan pertama, 2 bulan seterusnya MyKad anda akan dikreditkan secara automatik pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Berapakah limit penggunaan bantuan barangan dapur bernilai RM100 ini?
    • Limit penggunaan bagi pembayaran menggunakan MyKad di mana-mana kedai adalah tidak melebihi sebanyak RM100 per bulan.
  5. Jikalau saya tidak menghabiskan duit RM100 ini dalam bulan Ogos, apakah akan terjadi pada baki wang dalam MyKad saya?
    • Baki wang anda dalam MyKad akan dilanjutkan ke bulan yang seterusnya iaitu bulan September. Akan tetapi, limit penggunaan masih tetap iaitu RM100 per bulan.
  6. Apakah akan berlaku sekiranya wang dalam MyKad saya masih berbaki sehingga habis tempoh 3 bulan penerimaan bantuan ini?
    • Penggunaan bantuan ini adalah tertakluk antara 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. Makna katanya, jikalau selepas tarikh 31 Disember 2021 ini, wang dalam MyKad anda masih berbaki, penggunaannya akan luput secara automatik.

Gunakan Rm100 Ini Dengan Sebaik Mungkin

Oleh itu, mana-mana rakyat yang berkelayakan menerima bantuan barangan dapur bernilai RM100 ini sewajarnya memanfaatkan peluang ini dan gunakanlah wang anda dengan cermat. Buatlah perancangan perbelanjaan yang efisien. Moga-moga, kita semua masih terus diberikan kekuatan untuk menghadapi krisi yang teruk ini. Sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More