Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Belia RM1000 Untuk Yang Berumur 18 Hingga 30 Tahun

Bantuan Belia RM1000 adalah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat terutama golongan beli khususnya.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran. MPN merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar, strategi dan pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan. Justeru itu, bantuan belia telah ditubuhkan bagi membantu golongan belia pada masa yang genting ini

Isi Kandungan

Bantuan Belia RM1000 – Apa kata PM?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tahun ini, MPN menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat. “Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFuturejobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

Penjana Kerjaya ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

Selain itu, program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on the job training. Program ini juga telah ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM 1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Bantuan Belia Untuk 18-30 Tahun

Bermula pada tahun 2021, banyak kategori dan golongan di malaysia dibantu oleh kerajaan Malaysia supaya dapat berhadapan dengan cabaran PKP PKPB dan Covid-19 di Malaysia.

Berdasar pembentangan Bajet Belanjawan 2021, bantuan belia 18-30 tahun sebanyak RM1000 diumumkan dengan harapan lebih ramai yang dapat peluang kerja dan jawatan dikala waktu yang cukup genting ini. la sekaligus dapat mengurangkan blangan penganggur di Malaysia dikalangan graduan hari ini.

Bantuan Belia RM1000 Untuk Yang Berumur 18 Hingga 30 Tahun.

Bantuan belia sebanyak RM 1000 ini terbuka kesemua yang berminat dan berkelayakan termasuk:

  1. Sabah
  2. Sarawak
  3. Melaka
  4. Wilayah Persekutuan
  5. Perlis
  6. Pulau Pinang
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Selangor
  10. Negeri Sembilan
  11. Johor
  12. Pahang
  13. Kelantan
  14. Terengganu.

Anda layak untuk menikmati tawaran gaji bersama-sama dengan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangrnya RM 1,200 sebulan selama tempoh. Manakala RM 1,000 diberikan kepada kalangan maijikan yang memberikan peluang kepada golongan penganggur dan graduan untuk bekerja di syarlkat.

Kelebihan Bantuan Belia

Memberikan peluang kepada kalangan penganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan meningkatkan kualiti dan mutu kerja anda.

Bantuan Belia RM1000 Untuk Yang Berumur 18 Hingga 30 Tahun

Syarat-syarat Kelayakan

Pastikan anda masih tiada kerja lagi dan mengganggur, anda adalah warganegara malaysia yang sah. Umur anda mesti antara 18-30 tahun ketika menghantar permohonan. Tarikh permohonan bagi programn ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Cara Daftar & Mohon Bantuan Belia RM1000

Kepada anda di sini yang berminat boleh terus buat buat memohon di link pautan ini, https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Adakah bantuan ini berkesan?

Ya. Ianya bergantung kepada rakyat untuk memohon bantuan yang diberikan. Golongan belia adalah golongan yang paling penting dalam sesebuat negara. Anda juga boleh memohon bantuan seperti Cara Permohonan Bantuan Barangan Dapur Bernilai RM100 Dengan MyKad Sahajauntuk meringankan beban yang memerlukan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More