MYBERAS| Bantuan Beras Percuma Setiap Minggu Bermula Februari 2021
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memperkenalkan MYBERAS bagi membantu warga wilayah persekutuan yang memerlukan. MYBERAS adalah bantuan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.
Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif program MYBERAS ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan MYBERAS, Sila ikuti sesi penerangan MYBERAS melalui jawapan yang diberikan dibawah:
Isi Kandungan
1) APAKAH ITU “MYBERAS”?
-
MYBERAS adalah bantuan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.
-
MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.
-
Maklumat lanjut boleh diperolehi di
2) APAKAH JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN MELALUI PROGRAM “MYBERAS” INI?
-
Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.
3) APAKAH TUJUAN PROGRAM “MYBERAS” DILAKSANAKAN?
-
Program MYBERAS diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dengan tujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.
-
Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang prihatin.
4) SIAPAKAH RAKAN STRATEGIK BAGI PROGRAM “MYBERAS” INI?
-
Rakan Strategik bagi menjayakan Program MYBERAS ini adalah
-
Yayasan Wilayah Persekutuan yang mengurus pembekalan dan sumbangan beras
-
Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
-
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
-
Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat.
-
Turut bekerjasama ialah para penderma individu dan syarikat-syarikat swasta yang prihatin dengan kesusahan rakyat.
5) BILAKAH PROGRAM “MYBERAS” INI AKAN DILAKSANAKAN?
-
MYBERAS akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin.
-
Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021, berdasarkan sumbangan beras yang diterima dari orang ramai dan badan korporat yang menyumbang.
6) SIAPAKAH GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT BANTUAN DAN MANFAAT DARIPADA INISIATIF PROGRAM “MYBERAS” INI?
-
Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif program MYBERAS ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.
7) SIAPAKAH MPP YANG AKAN MENGURUSKAN SUMBANGAN “MYBERAS” DI SETIAP PARLIMEN?
-
Para MPPWP yang akan menguruskan sumbangan MYBERAS di parlimen masing-masing adalah seperti berikut:-
JADUAL 1 – SENARAI PENGERUSI MPPWP DI SETIAP PARLIMEN
8) BAGAIMANAKAH MPPWP MENGAGIHKAN BANTUAN BERAS KEPADA RAKYAT?
-
Sebagai permulaan program MYBERAS ini, sebanyak 23,000 kampit beras (5KG) diperuntukkan bagi edaran sepanjang bulan Februari 2021.
-
Walaubagaimanapun, bilangan akan bertambah sekiranya mendapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai dan badan korporat.
-
Penyerahan kepada penerima akan dibuat sebanyak 3 kali semingu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.
-
Pihak YWP akan mengedar bantuan untuk rakyat melalui para MPPWP, 3 kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan Februari 2021.
9) BAGAIMANA RAKYAT BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN BERAS INI DARI PIHAK MPPWP?
-
Rakyat yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing. Sila rujuk Jadual di para No 7.
-
Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan.
-
Rakyat boleh ke lokasi pengagihan yang tercatat di belakang kupon dalam tempohsahlaku kupon.
-
Sekiranya tempohsahlaku tamat, sila berhubung dengan MPP berkaitan.
10) APAKAH SOP YANG DILAKSANAKANKAN KETIKA PENGAGIHAN “MYBERAS” INI DIJALANKAN?
SOP semasa pengagihan ialah MPPWP Sub Zon perlu memastikan pusat agihan beras di setiap sub zon dilengkapi:
-
Laluan pandu-lalu keluar dan masuk
-
Buku Pendaftaran/ Kod My Sejahtera
-
Mesin pengimbas suhu
-
Hand Sanitizer
-
Seterusnya, MPPWP Sub Zon perlu memastikan setiap penerima:
-
Masuk dan keluar mengikut laluan yang telah ditetapkan
-
Mendaftar diri di dalam buku pendaftaran/kod my sejahtera
-
Menyukat suhu di mesin pengimbas suhu
-
Membersihkan tangan menggunakan Hand Sanitizer
-
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan MYBERAS| Bantuan Beras Percuma Setiap Minggu Bermula Februari 2021 ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik dilawati: 9 Jenis Bantuan Bulanan JKM Yang Rakyat Boleh Mohon