Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan BINGKAS RM300 Masih Ramai Yang Tak Mohon

BINGKAS merupakan bantuan keperluan asas yang diperkenalkan Kerajaan Selangor sejak belanjawan 2021 lagi. Namun, masih ramai yang yang tidak memohon dan tidak tahu mengenai bantuan ini.  Menerusi belanjawan 2023, Menteri esar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari berkata, bantuan BINGKAS akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak  RM108 juta yang dapat memanfaat lebih 30 ribu keluarga.

Isi Kandungan

Apa itu BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor.

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Manfaat

Terdapat 5 manfaat yang penerima berkelayakan bakal dapat menerusi bantuan ini. 5 itu ialah:

  • E-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas RM300
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan akan datang
  • E-Wallet akan diitambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

manfaat bingkas

Dokumen Diperlukan Untuk Pendaftaran Ahli BINGKAS

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

Senarai Barangan

Terdapat 16 barangan keperluan yang boleh didapati menerusi e-wallet BINGKAS ini. Antaranya ialah seperti dalam poster di bawah:

SENARAI BARANGAN BINGKAS

Cara Pembelian

Langkah-langkah yang perlu difahami adalah seperti berikut:

  1. Penerima mengunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS
  2. Penerima memilih barangan yang ingin dibeli
  3. Juruwang mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
  4. Juruwang mencatatkan barangan yang dipilih dan melakukan saringan
  5. Penerima memastikan baki akaun  mencukupi di kad maya dan tekan kad untuk mulakan pembayaran menggunakan aplikasi e-wallet
  6. Penerima menerima PAY dan memilih akaun BINGKAS untuk buat pembayaran
  7. Penerima memasukkan 6 digit pin untuk pengesahan pengaktifan kod QR
  8. Juruwang mengimbas kod QR untuk menerima bayaran

Bantuan BINGKAS RM300 Masih Ramai Yang Tak Mohon 1

Cara Aktifkan E-Wallet

Berikut adalah cara aktifkan E-Wallet:

  1. Klik pada kad maya di aplikasi Selangkah untuk pengaktifan
  2. Aplikasi wavpay e-wallet akan terbuka jika sudah sedia dipasang
  3. Pergi semula ke aplikasi Selangkah. Kad maya akan menunjukkan baki akaun BINGKAS anda dan sedia untuk digunakan

 

Bantuan BINGKAS RM300 Masih Ramai Yang Tak Mohon 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi pejabat Dun masing-masing atau layari laman rasmi seperti berikut:

Website rasmi: BINGKAS

Talian: 1800-22-6600

Pengaktifan e-wallet : +6016-325 4199

Emel : [email protected]

Jika ingin menyemak bantuan lain seperti bantuan Baucer Beli Belah Warga Emas RM150 juga boleh disemak sekarang. Semoga semua jenis bantuan ini meringkan beban rakyat yang sedang bersusah payah meneruskan kehidupan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More