Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok bagi tahun 2025.

Isi Kandungan

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok Tahun 2025

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan satu inisiatif bantuan yang diberikan kepada semua pelajar-pelajar pemastautin Negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam / Swasta serta Pondok.

Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok yang diwujudkan oleh MUIP ini bertujuan untuk mencapai dua (2) objektif, iaitu:

  • Membantu pembiayaan pendidikan pelajar.
  • Sebagai kemudahan dan galakan.

Pelaksanaan Bantuan Dermasiswa ini diharap dapat membantu pelajar IPT / Tahfiz / Pondok untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat.

Pemohon yang telah memperolehi keputusan peperiksaan terkini sahaja yang layak memohon bantuan ini.

Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok Tahun 2025 1

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Dermasiswa yang akan diadakan pada setiap tahun.

Bagi tahun 2025, kadar bantuan adalah seperti berikut:

KategoriKadar Bantuan
Diploma / Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam)RM 1,200.00
Diploma / Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam)RM 800.00
Tahfiz / PondokRM 2,400.00
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam / Perubatan) (Ada Tajaan) Negara MesirRM 1,200.00 – RM 3,000.00
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam / Perubatan) (Tiada Tajaan) Negara MesirRM 6,000.00 – RM 9,000.00
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam / Perubatan) (Ada Tajaan) Negara JordanRM 1,200.00 – RM 3,000.00
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam / Perubatan) (Tiada Tajaan) Negara JordanRM 7,000.00 – RM 10,000.00
Lain-Lain NegaraRM 1,200.00 – RM 4,000.00

Bidang Pengajian

Dermasiswa ini akan diberikan kepada semua bidang pengajian di peringkat Pondok, Diploma dan Sarjana Muda dalam Negara.

Manakala, hanya bidang Pengajian Islam dan Perubatan sahaja diberikan kepada pemohon yang mengikuti pengajian di luar Negara.

Syarat Kelayakan Permohonan

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di pusat pengajian Pondok, IPTA / IPTS dalam dan Luar Negara.

Sebelum membuat permohonan, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria permohonan Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok bagi tahun 2025 yang telah ditetapkan seperti dibawah:

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Pemohon yang berumur tidak kurang daripada 13 tahun.
  3. Pemohon yang dilahirkan / bermastautin dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda.
  5. Pemohon yang lulus peperiksaan tahun / semester pertama.
  6. Tidak layak bagi pemohon yang menerima elaun bulanan seperti IPG, KKM, KKTM, KPM.
  7. Pemohon sekurang-kurangnya telah mencukupi 1 tahun pengajian bagi peringkat Pondok.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web Zakat4Pengajian atau terus tekan pautan dibawah mulai 21 Januari 2025 sehingga 31 Mei 2025.

>>>Permohonan Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok<<<

Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok Tahun 2025 2

Untuk makluman semua pemohon, keputusan tidak akan diumumkan melainkan pemohon yang akan menghubungi MUIP untuk mengetahui keputusan tersebut.

Kebiasaannya keputusan ini akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa.

Pemohon juga boleh menyemak sendiri di laman web Zakat4Pengajian dengan log masuk menggunakan ID pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT Pondok ini boleh rujuk Soalan Lazim Bantuan Dermasiswa di Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More