BANTUAN I-FITRI RM250 HINGGA RM400
Bantuan i-Fitri adalah bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Terengganu. Bantuan ini adalah bantuan dana hari raya Aidilfitri kepada golongan isi rumah yang terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan lebih 115,000 penerima.
Bantuan ini diberikan agar dapat membantu kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.
Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.
Lihat juga Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) 2022. Mungkin anda mempunyai ibu bapa, kenalan atau jiran yang layak dan belum memohon.
Isi Kandungan
BERAPAKAH KADAR BANTUAN I-FITRI?
Berikut dikongsikan jumlah bantuan yang akan diberikan:
- B40: RM400
- M40: RM250
Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada 31,500 isi rumah miskin .
Manakala RM250 akan disalurkan kepada 83,5000 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN I-FITRI?
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bantuan ini akan disalurkan menjelang hari raya Aidilfitri 2022. (Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 adalah 3 Mei 2022).
Oleh yang demikian, tarikh jangkaan bantuan ini disalurkan adalah pada penghujung April 2022 sebagai persediaan bagi menyambut hari raya puasa.
BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI?
Maklumat tentang cara-cara membuat permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Setakat ini masih tiada maklumat terperinci mengenai cara untuk membuat permohonan.
BANTUAN LAIN YANG DIUMUMKAN
Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang akan memanfaatkan rakyat Terengganu seperti bantuan isteri ketua isi rumah dan ibu tunggal , bantuan belia dan bantuan OKU.
- Bantuan RM150 One-Off Isteri Ketua Rumah e-Kasih dan Ibu Tunggal
- Bantuan tunai one-off bernilai RM150 akan disalurkan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500.
- Bantuan RM150 One-Off Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,00 dan ke bawah pula, mereka akan menerima bantuan tunai one-off bernilai RM150. Ia akan memanfaatkan 8,900 OKU di negeri ini.
- Bantuan RM150 One-Off Belia BujangTerengganu
- Golongan belia tidak ketinggalan dalam menerima manfaat menerusi pengumuman belanjawan Terengganu 2022.
“Bagi menyokong kewangan golongan belia, dengan ini saya mengumumkan bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 mahasiswa berpendaptan RM4,000 dan ke bawah.” Ucap Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan perkembangan terkini, sila layari :
Diharapkan bantuan-bantuan yang diumumkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi memenuhi keperluaan rakyat negeri ini. Sebarkan untuk manfaat bersama.