Bantuan Ibu Bersalin 2024: Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Ibu Bersalin 2024 yang terkini untuk pengetahuan dan makluman semua rakyat Malaysia diluar sana.
Isi Kandungan
Mengenai Bantuan Ibu Bersalin 2024
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah pemberian khas daripada Kerajaan Sarawak kepada setiap ibu yang bakal atau telah melahirkan anak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK).
BIB ini telah bermula daripada tahun 2020 dan YAB Premier Sarawak telah mengumumkan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BIB pada tahun 2024.
BIB merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian bantuan RM450 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu bersatus “K” yang melahirkan anak bagi membantu keperluan para ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin 2024 negeri Sarawak, iaitu:
- Mestilah warganegara Malaysia.
- Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
- Ibu adalah pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”.
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Cara Membuat Permohonan
Selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mendigitalisasi perkhidmatan Kerajaan, maka pemohon (bakal ibu atau ibu yang telah bersalin) digalakkan untuk membuat Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2024 secara dalam talian (online) di iSarawakCare.
Permohonan secara manual juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak / di Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar semula ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK bersama-sama dokumen sokongan.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.
Dokumen-dokumen sokongan yang wajib disertakan bersama permohonan anda adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
- Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan / penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu.
- Salinan penyata akaun bank terkini (wajib ada nama bank, nama ibu mengikut kad pengenalan dan nombor akaun).
- Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu dan ke atas daripada pegawai perubatan.
Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat.
Anda boleh rujuk manual permohonan (jika ingin memohon secara dalam talian) seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ibu Bersalin 2024 ini, sila rujuk Sistem Online iSarawakCare dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!